PANTANG DICABAR

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Raeesa merupakan individu yang sentiasa mahu membuktikan kemampuan dirinya. “If people say I can’t do something, I’ll say ‘oh really?’ Bagi saya, kita perlu percaya pada diri sendiri kerana jika anda tidak percaya kepada diri sendiri, siapa akan percaya kita. Saya juga percaya untuk menangani negativiti, kita perlu bersedia dari segi ilmu dan fakta untuk membuktikan bahawa mereka salah. Bagi saya, kita boleh buat apa sahaja yang kita inginkan dan usah fikir pendapat orang. At the end of the day, you should know yourself.”

Kecekalan dan dedikasinya terhadap dunia digital tidak terbelah bahagi. Bagi Raeesa, kita tidak boleh menyerah kalah terlalu cepat walaupun ada masanya mengalami kesukaran hidup. “The secret is to just show up to work and execute. Walaupun anda tidak tahu apa yang anda inginkan, selagi anda cuba untuk menyempurnakan matlamat, sooner or later anda akan sampai ke penghujung. Perjalanan tidak mudah. Ada kalanya saya akan menangis dan ingin menyerah kalah namun saya tahu ada penghujungnya dan ternyata hasilnya adalah Bfab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.