KESAN KEGEMBIRAAN KE ATAS KESIHATAN:

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

1. MELINDUNGI JANTUNG Kajian menunjukkan bahawa orang yang lebih gembira kurang mengalami penyakit jantung. Ini adalah kerana orang yang gembira dapat tidur dengan lena dan melakukan banyak aktiviti sihat. Selain itu, mereka juga kurang mengalami tekanan serta mampu menanganinya dengan baik. Kemurungan, kebimbangan dan kemarahan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. 2. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI Orang yang bertenaga, gembira dan tenang kurang mendapat selsema. Orang yang mempunyai emosi positif tidak selalu dijangkiti selsema dan mengalami simptom yang kurang daripada orang yang mempunyai emosi negatif. Selain selsema, seseorang yang mempunyai emosi positif juga mengalami rasa sakitnya dan dijangkiti penyakit. 3. UMUR PANJANG Kegembiraan juga boleh dikatakan dapat memanjangkan umur kita. Secara amnya, orang yang lebih gembira, lebih berpuas hati dalam hidup kerana mereka lebih menitik beratkan penjagaan berat badan, lebih sensitif terhadap simptom-simptom penyakit dan gembira melakukan aktiviti harian. Kajian juga mendapati bahawa emosi positif dapat mengurangkan risiko kematian bagi penyakit diabetes dan AIDS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.