PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA

EH (Malaysia) - - Realiti -

Ibu bapa dan keluarga antara orang paling dekat dengan mangsa dengan itu jangan sekali-kali mengetepikan mangsa atas kesalahan yang telah dilakukan. Tindakan terus menghukum tidak memberi apa-apa manfaat , kerana mangsa akan lebih tertekan dan kemudian membuat keputusan yang tidak diingini. Bimbingan dan kasih sayang dari ibu bapa dan keluarga amat diperlukan supaya mangsa tidak terjerumus untuk membunuh bayi seterusnya mengakibatkan masalah mental dan dalaman. Benar, ini mungkin menjadi satu perkara yang pahit untuk ditelan buat keluarga, tetapi kasih sayang serta kata-kata nasihat yang dicurahkan pasti dapat membuka mata mangsa untuk berubah dan menjalani hidup baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.