Kebanyakan kes pembuangan bayi ini tergolong dari keluarga yang bermasalah atau bagaimana?

EH (Malaysia) - - Realiti -

Bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan, siapa yang boleh dijadikan rujukan?

Bagi keskes yang memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan, kementerian dan agensi-agensi di bawahnya mempunyai perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah untuk membantu memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan.

Adakah pendidikan seks membantu terutamanya dalam menggunakan perlindungan seks bagi mengelakkan hal sebegini dari terjadi?

Kementerian melalui LPPKN telah menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid tahun 6 iaitu selepas UPSR, pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas PT3 (Penilaian Tahap 3) dan pelajar Pendidikan Khas sejak tahun 2012. Program ini dilihat berkesan dalam mendidik dan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak khususnya pelajarpelajar sekolah berkaitan dengan pendidikan awal seks dan sebagai langkah pencegahan untuk melindungi diri mereka. rendah dan menengah bagi memberi pengetahuan dan kesedaran tentang aspek pendidikan seksualiti. Berdasarkan kepada pengurusan kes yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah kementerian ini, kebanyakan kes pembuangan bayi adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa oleh saudara sendiri. Tidak semestinya mereka yang membuang bayi ini datang dari keluarga yang bermasalah. juga dikenakan kepada lelaki yang terlibat.

Bagi menimbulkan lebih kesedaran adakah hukuman pembuangan bayi akan digubal menjadi lebih berat?

Berdasarkan Akta Kanak-Kanak (pindaan) 2016, pindaan telah dibuat di bawah Seksyen 31 iaitu meningkatkan penalti denda dan pemenjaraan sedia ada serta memasukkan khidmat masyarakat sebagai hukuman tambahan yang akan dikenakan kepada individu yang melakukan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Dari persepsi keluarga pula, bagaimana mereka perlu menghadapi hal sebegini, apa yang seharusnya dilakukan terutamanya ibu bapa?

Keluarga hendaklah memberi sokongan moral kepada mangsa atas apa sahaja yang mereka lakukan sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Keluarga juga boleh mendapat bantuan daan khidmat nasihat dari agensi seperti JKM untuk memberi penjagaan kepada mangsa sekiranya keluarga tidak dapat memberi jagaan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.