CARA CARANYA :

EH (Malaysia) - - Selera -

Campurkan ¼ sudu kecil lada, gula, garam, cuka epal / cuka nasi bersama daging ayam yang sudah dipotong dan perap selama 15 minit. Setelah selesai diperap, rendam ke dalam telur dan salutkan bersama tepung ubi dan goreng sehingga keemasan. Kukus empat kuning telur masin selama 10 minit dan hancurkan sehinga halus. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, daun kari dan halia sehingga garing. Kemudian masukan kuning telur masin yang sudah dihancurkan secara halus dan masak sehingga berbuih dan naik bau. Kemudian rehatkan seketika. Gaulkan ayam goreng bersama telur masin yang dimasak tadi kemudian gaul sebati, panaskan bersama cili padi bagi menaikan lagi rasa. Tambah sedikit garam, lada dan gula mengikut cita rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.