LEVI’S 505 C

EH (Malaysia) - - Selera -

Dicipta pada tahun 1967, seluar denim biru Levi’s 505 mula menjadi kegilaan ramai ketika kemuncak era punk di kota New York. Dipakai dan dikoyak, denim ini digayakan dengan pelbagai cara oleh artis pop, pelukis grafiti dan kumpulan rock seperti Debbie Harry dan The Ramones dalam menyuntik gaya rock & roll yang tidak lapuk dek zaman. Hari ini, Levi’s 505 C diberi sentuhan lebih moden dan C yang membawa maksud customized untuk mencipta denim potongan lurus yang boleh disesuaikan dengan padanan slim fit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.