FILEM PENGARAH LAKON LAYAR PELAKON VERDIK

EH (Malaysia) - - Selera -

Green Rom Jeremy Saulnier Jeremy Saulnier Anton Yelchin, Imogen Poots, Alia Shawkat, Patrick Stewart

Anton Yelchin adalah antara pelakon kegemaran saya walaupun namanya tidak gah seperti bintang Hollywood lain. Dia yang lebih gemar berlakon dalam filem indie jelas dapat dilihat melalui watak pilihannya seperti dalam filem Like Crazy, Only Lovers Left Alive, Rudderless serta 5 to 7. Tahun 2015 dan 2016 dikatakan tahun Anton. Dia berlakon dalam sembilan filem back to back termasuk filem Green Room dan Star Trek Beyond.

Green Room mengisahkan kumpulan punk, The Ain’t Right yang dianggotai oleh Pat (Anton Yelchin), Sam (Alia Shawkat), Reece (Joe Cole) dan Tiger (Callum Turner) yang melakukan persembahan di sebuah bar neo-Nazi skinhead. Patrick Stewart membawa watak Darcy iaitu ketua kumpulan skinhead yang cuba membunuh kumpulan tersebut setelah mereka menemui mayat seorang wanita yang mati ditikam di belakang tabir pentas. Di sini mula kisah cubaan kumpulan ini lari daripada kumpulan skinhead tersebut dengan penuh unsur suspen dan drama.

Cara penyampaian setiap karakter dalam filem ini digarap dengan baik terutamanya permulaan filem yang perlahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.