CUTI-CUTI BERSAMA DREAM CRUISES

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Kapal persiaran mewah pertama Asia, Dream Cruises dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dream Cruise merupakan koleksi kapal persiaran baru Genting Hong Kong yang menawarkan persiaran di laut mewah dan penuh selesa. Bermula 13 November 2016 hingga 1 Januari 2017, kapal lima bintang ini menawarkan peluang buat penumpang berkunjung ke Da Nang, Vietnam dan Ha Long Bay, Hanoi. Kapal ini mampu menampung 3,400 penumpang dan 2,000 ahli krew malah 100 bilik disediakan buat semua pengunjung. Sebanyak 35 restoran dan bar juga mempamerkan pelbagai hidangan seluruh Asia serta geladak persiaran 610 meter untuk penumpang menikmati juadah di tengah tengah laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.