SARAPAN BERSAMA BISKUT VELVITA BREAKFAST

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Mondelz International yang memiliki jenama seperti Oreo, Jacobs, Chipsmore dan Tiger kini hadir dengan biskut sarapan baru, belVita Breakfast. Berbekalkan slogan “Pagi Penuh Semangat”, biskut ini dipek secara individu sesuai sekali buat mereka yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersarapan di rumah. Biskut ini hadir dalam dua perisa iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat, diperbuat daripada bijirin serta lengkap dengan lima vitamin dan tiga zat galian serta karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga untuk badan. Boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama pada harga RM2.50 (80g) dan RM5.20 untuk 160g (WM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.