INSURANS KERETA BUAT PEMANDU WANITA

EH (Malaysia) - - Sekitar -

AXA Affin General Insurance Berhad melancarkan ‘AXA Motor For Her’ iaitu pelan insurans buat pemandu wanita dan merupakan pembekal insurans pertama di Malaysia yang memperkenalkan insurans ini. Menurut Emmanuael Nivel, CEO untuk AXA Affin GI, “Kami mereka pelan ini khas buat pemandu wanita jadi sekiranya terjadi kemalangan, mereka tidak perlu memikirkan tentang kereta ditunda mahupun pembaikian.” Antara penekanan dalam pelan ini termasuk pemegang polisi AXA Motor For Her akan ditawarkan penumpangan secara percuma ke destinasi pilihan jika kereta mereka kemalangan mahupun rosak. Malah pemegang pelan ini juga tidak perlu risau dengan kereta kerana mereka akan menghantar kenderaan anda ke rumah selepas pembaikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.