Kongsikan bersama kami!

EH (Malaysia) - - Salam - www.eh.com.my Malaysia Malaysia malaysia

SUKA EDISI RAYA EH! Terpukau melihat wajah penghias kulit edisi Jun. Cantik, classy dan tampak mewah. Nampak signature Rizalman di situ. Terbaik pemilihan EH! meletakkan Dayang sebagai cover girl.

Selayaknya digelar seorang legenda. Dayang kini berada dikemuncak kerjaya. Album barunya melonggokkan banyak lagu berhantu, puas! Penantian selama 6 tahun terasa amat berbaloi. Terima Kasih Dayang di atas hadiah kepada peminatmu setelah sekian lama menanti.

“Raya In The City” EH! kali ini memberikan tip serta idea bagaimana ingin tampil mood gaya beraya dengan penuh glamor! Memberi inspirasi tampil bergaya dengan lebih dramatik. Banyak ilham untuk rambut hingga ke hujung jari kaki.

Di dalam kita menyambut raya, berbelanja juga perlu berwaspada, EH! tidak lupa berkongsi beberapa tip untuk mengelak pembaziran. Di antaranya senaraikan bajet untuk mengelakkan terlebih berbelanja. Elakkan berhutang.

EH! kali ini juga tidak lupa memberikan input dalam penjagaan kesihatan untuk kekal sihat dan langsing. Jangan sampai ter ‘overload’ semasa menikmati juadah di semua misi untuk kurus. Tip makan secara sihat perlu dihadam. Semoga saya tidak lupa diri apa yang telah dikongsikan oleh EH!.

Dalam bergembira menyambut delima mengenai penyakit autisma. Kisah pelakon Zarina Zainuddin yang membesarkan dua orang anak kembar autistik membuka minda tentang semangat dan kecekalan beliau dalam menjalani Kini kefahaman saya tentang penyakit ini semakin mendalam. Jika bukan kita yang memahami mereka siapa lagi?

Secara keseluruhannya isu pada kali ini banyak memberikan tip serta panduan jarang dibangkitkan. Saya berharap isu kahwin lambat serta kupasan menangani masalah sebegini pada artikel akan datang.

Tidak sabar untuk bertemu dengan edisi EH! seterusnya. Siapakah penghias muka hadapan nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.