FATTAH AMIN

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

tapi siapa yang dapat nafikan kebenaran itu. Hanya pada Allah sajalah kita berdoa dan mengadu. Itulah jalan terbaik. Kita kena redha dan sentiasa percaya pada perancangan Allah atas tiap-tiap apa yang berlaku.”

Soalan terakhir saya pada hari itu berkaitan perhubungan. Oh tidak, saya tidak tanyakan adakah dia dan Fattah benar-benar menjalin hubungan istimewa atau sebaliknya, kerana saya percaya benar atau tidak, biarlah tuan badan ceritakan sendiri tanpa perlu ditanya-tanya. Tapi jika orang tanya saya, ya saya rasa ada sesuatu yang istimewa di antara mereka. Eh, I could be wrong… hahaha. “Apa yang penting dan wajib ada dalam satu-satu perhubungan?” celah saya. “Kita perlu celebrate individuality. Kita kena terima baik buruk. We compromise not compensate. Of course some changes need to be made but kita perlu compromise,” jawabnya menoktahkan temubual. Biar kembara seninya masih hijau, baru mencecah usia sekitar empat ke lima tahun, namun penangan Fattah Amin bukan calang-calang. Deretan anugerah sudah digondolnya terutamanya tahun ini yang mana menyaksikan dia naik turun pentas meyambut trofi kemenangan di Anugerah Meletop juga Anugerah Bintang Popular.

Momentumnya berterusan, selepas mencetus fenomena menerusi gandingannya bersama Neelofa di dalam Suri Hati Mr Pilot, namanya terus mekar pabila gandingannya bersama Fazura menerusi Hero Seorang Cinderella turut mencetus kegilaan tersendiri. Kata Fattah dia dan Fazura akan sekali lagi digandingkan untuk satu telemovie, Wanita Terindah. Naskhah terbitan produksi Red Communications itu tampil istimewa pabila sebahagian penggambarannya dilangsungkan di Maldives. Khabarnya juga dia akan muncul dalam satu drama bersiri baharu menggandingkannya bersama Janna Nick pula.

Saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Fattah, dan jika dinilai berdasarkan pemerhatian peribadi, saya simpulkan dia seorang yang tidak banyak cakap, senang bersendiri, senang kata dia seorang introvert. Saya tanyakan Fattah bagaimana dia membina chemistry dengan ‘lawan’ lakonannya dalam keadaan sisi diri yang lebih senang berdiam diri. Kata Fattah, susah sebenarnya dia mahu mencipta chemistry, tidak mudah dan tidak berlangsung pantas. “Saya selalu buat hal sendiri bila di set. Tapi demi chemistry saya buka ruang untuk banyakkan komunikasi dengan pasangan lakonan saya. Saya bukan jenis orang yang pada hari pertama di set sudah boleh ‘klik’ dengan semua orang. Seperti saya dan Faz, ia ambil masa kerana saya perlu banyak berbual dengannya. Dan kerana lebih banyak pengalaman, jadi perkongsian tip memudahkan chemistry itu dicipta. Saya seorang yang lebih senang memerhati, melihat rentak orang lain sebelum bergaul atau mendekati.”

Fattah mengakui sikapnya yang terlalu pendiam itu adakalanya tidak bagus untuk dirinya, namun dia hanya mahu kekal menjadi diri sendiri. Sejak menyertai Hero remaja lagi, orang di sekeliling sudah masak dengan personalitinya itu. “Kalau orang tak kenal orang akan kata saya sombong. Tapi saya memang begitu, adikberadik saya yang lain pun berkongsi personaliti yang sama. Saya rasa didikan ibu dan ayah menjadi faktor utama, kerana sejak kecil sudah dididik begitu. Kalau kami ke rumah orang, kami akan duduk diam, tak seperti budak-budak lain yang akan terus bergaul dan bermain. Kami akan duduk satu tempat saja,” katanya ketawa.

“Tapi belum pernah lagi saya dengar sikap pendiam saya ini menyusahkan orang lain lebih-lebih lagi pihak produksi. Saya juga tak nafikan sifat pemalu saya sedikit sebanyak menyukarkan juga membataskan kebolehan saya berlakon, saya mungkin perlu lebih masa dan ruang untuk sesuaikan diri tiap kali bermula dengan projek baru berbanding orang lain. I just being myself, dan saya percaya end of the day orang akan terima diri saya seadanya. Saya tak mahu berubah semata-mata mahu memenuhi kehendak orang lain kerana andai kata saya tiba-tiba berubah secara mendadak, orang percaya itu bukan diri saya.”

“PERASAAN SAYA, SAYA SIMPAN SENDIRI.”

“Jika ada sebarang isu atau masalah, saya lebih senang menggunakan media sosial, tapi dalam cara yang betul. Saya tak pernah gunakan ruang itu untuk menyindir orang, paling habis saya sekadar letakkan quote saja untuk meneutralkan mana-mana isu atau kontroversi. Kita tahu ada benda-benda yang dihebahkan itu satu fitnah dan saya lebih selesa untuk tidak berikan sebarang komen kerana boleh jadi ia akan berpanjangan. Kadang-kadang saya rasa muat naik quote itu berkesan untuk saya. Media sosial berkesan untuk kita sampaikan satu-satu mesej kerana audiensnya luas.”

“Orang susah nak baca perasaan saya, saya sedih atau gembira sukar nak ditelah kerana saya selesa menyimpan semua perasaan untuk diri sendiri. Orang kata saya jujur tapi memang susah untuk sesiapa meneka apa yang saya rasa. Jika saya ada masalah sekalipun, konflik keluarga atau perhubungan saya tidak ekspresikan secara umum, tapi bagi saya itulah yang indahnya. Perasaan saya, saya simpan sendiri.”

“Fattah suka menyimpan perasaan sendiri, jadi jika marah

“Orang susah nak baca perasaan saya, saya sedih atau gembira sukar nak ditelah...”

atau tertekan bagaimana melepaskannya?” “Macam-macam, bergantung keadaan dan situasi. Saya ada gim, jika di sana saya akan luangkan masa di sana, work out. Jika di rumah saya melepaskannya dengan bermain PS4, dan andai di dalam kereta saya akan mendengar lagu, jika ada masa saya bermain futsal. Itu antara terapi saya. Dan jika tak berkesan barulah saya kongsi dengan parents, kawan rapat atau special one.”

Lumrah, bila ramai yang suka, jumlah sebaliknya juga bertambah. Haters itu lumrah, mustahil untuk semua orang menyenangi kita. Itu situasi sama yang dilalui penerima trofi Bintang Paling Popular 2016 ini. “Bagi saya itu satu perkara yang normal, ada orang suka, ada orang tidak suka. Pada saya cukuplah kita buat dan cakap yang baik-baik. Memadailah kita sendiri tahu apa yang kita buat (berbuat baik) kerana haters still haters.”

Fattah, permata sulung ibu dan ayahnya, punya lima adik-beradik semuanya dan sejak dulu lagi dia tidak pernah memuat naik gambar keluarganya di media sosial jauh sekali bercerita tentang keluarganya. Namun kata Fattah sejak dia membuka kafe, sedikit sebanyak telah membuka gelanggang untuk peminat mendekati keluarganya kerana ibu dan ayahnya yang banyak menguruskan operasi kafenya itu. “Situasi ini sebenarnya sedikit-sebanyak membuka ruang untuk ibu dan ayah saya memahami bagaimana kerja saya. Mereka lihat sendiri bagaimana peminat sanggup menunggu sehingga tengah malam semata-mata mahu bergambar dengan saya. Malah ada peminat yang panggil my parents ayah dan ibu. Ada juga yang tidak dapat bergambar dengan saya tidak mengapa, cukuplah bergambar dengan ibu dan ayah.”

Tambah Fattah lagi, peminat adalah tunggak utama kejayaannya hari ini. “Anugerah yang saya terima semuanya atas usaha peminat. Kemenangan saya atas kertas undi yang diusahakan peminat. Kalau boleh saya mahu patah-patahkan trofi yang saya dapat dan bagi sama rata kepada semua peminat. Sehabis baik saya akan cuba luangkan masa dengan peminat, sepenat mana sekalipun saya rasa saya ada tanggungjawab untuk melayan mereka.” Kata Fattah dia dan pihak pengurusannya sentiasa mencari ruang untuk menganjurkan sesi meet and greet. Baginya itu adalah satu cara paling mudah untuk dia mendekati peminat. “Ini usaha saya untuk dekatkan diri juga menghargai mereka.”

Dalam industri seni lakon kita, ada sebahagian pelakon seakan sudah menetapkan exclusivity mereka sendiri, ada yang lebih senang untuk muncul di layar lebar sahaja (filem) dan jarang sekali muncul di dalam drama. Saya berikan contoh Maya Karin, jika mahu melihatnya penonton perlu menantikan filem barunya dan tonton di panggung. Fattah pula saya lihat wajahnya lebih mesra kaca televisyen. Namun jelas Fattah dia tidak pernah meletakkan sebarang keistimewaan, baginya penerimaan satusatu tawaran tetap bergantung pada kekuatan naskhah itu sendiri. “Saya menilai skrip, melihat siapa pengarahnya, juga produksi serta dengan siapa saya digandingkan. Bagi saya elemen-elemen itu lebih penting daripada memikirkan ia sebuah naskhah filem atau drama.” Biarpun dua siri lakonannya mencetus fenomena namun itu tidak bermakna Fattah bebas kritikan. Sebahagian penonton melabelkan dia ‘kayu’ kerana kualiti lakonannya tidak mencapai paras terbaik atau memuaskan. Namun ada juga yang melihat ada perkembangan positif jika dinilai menerusi Hero Seorang Cinderella. Saya meminta Fattah menilai sendiri kualiti lakonannya. Bagaimana dia mahu rate prestasinya. “Oh saya tak pernah meletakkan rate atas kerja sendiri. Bagi saya itu tugas pengarah dan penonton. Pengarah khususnya yang melihat perkembangan kerja saya. Orang berpengalaman atau senang kata pelakon senior juga berhak untuk menilai saya, tapi bukan diri saya sendiri.”

Bila berbicara tentang impiannya hari ini, sebagai pelakon pastinya dia memasang angan-angan mahu menggenggam trofi pelakon terbaik, dan dia mengakui untuk merealisasikan cita-citanya itu bukan satu kerja mudah. “Saya mahu jadi seperti Beto Kusyairy dan Bront Palarae. Kejayaan mereka adalah inspirasi saya. Saya tahu untuk capai seperti apa yang mereka sudah capai bukan mudah, namun saya akan usahakan. Dalam masa yang sama saya mahu jadi successful businessman.”

Saya mengajak Fattah berbicara sedikit tentang sisi peribadinya. Pabila ditanyakan tentang tiga perkataan yang tepat menggambarkan dirinya dia hanya mampu memberikan satu, “Saya introvert,” ujarnya. “Yang lain-lain saya tidak pasti. You rasa apa lagi perkataan menggambarkan diri I,” tiba-tiba dia mengusulkan soalan itu kepada Fazura yang sedang dirias Khir Khalid. “Saya rasa Fattah orangnya penyabar. Dia juga generous,” balas Fazura sambil matanya memandang redup ke arah saya dan Fattah dari cermin solek.

“Okey, apa perkara paling penting dalam memastikan kerharmonian satu-satu hubungan itu?” soal saya ringkas. “Dalam perhubungan saya berpegang kepada lima benda, dan lima benda ini pada saya mesti ada. Perlu ada persefahaman, tolak ansur, perlu ada perasaan kasih sayang, percaya dan paling penting kita mesti ada rasa tanggungjawab.” Ya, lima benda itu saya lihat sebagai perkara pokok dalam membina perhubungan, tanpa salah satunya sukar untuk mengekalkan momentum perhubungan itu. Fazura, awak setuju?

Pabila ditanyakan tentang tiga perkataan yang tepat menggambarkan dirinya dia hanya mampu memberikan satu, “Saya introvert,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.