PENATA GAYA KACA MATA!

TAHUKAH ANDA RATA-RATA 91% PEMBELI KACA MATA MEMPUNYAI MASALAH MEMILIH KACA MATA YANG IDEAL BUAT BENTUK WAJAH DAN STAIL MEREKA?

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Kini tiada lagi rasa raguragu dalam mencari kaca mata kerana anda bakal menikmati sesi perundingan profesional yang bakal memudahkan kerja anda dalam mencari bingkai kaca mata yang ideal. Kaca mata adalah satu aksesori yang mencerminkan personaliti dan merupakan aksesori utama yang dilihat oleh orang ramai. Dengannya anda boleh menghasilkan satu gaya dan mood mengikut reka bentuk bingkai kaca mata sama ada anda seorang yang sofistikated, kreatif, glamor atau chic!

Tidak seperti memilih produk solekan atau pakaian, kaca mata yang digayakan mestilah mudah disuai padan malah gayanya juga harus malar segar untuk pemakaian harian. Dengan itu Luxottica Malaysia menjalankan satu kempen baharu ‘Which Frame Fits You’ untuk menyelesaikan masalah anda yang berhadapan kesukaran memilih kaca mata dengan memberi nasihat dan rundingan tentang kaca mata yang sesuai buat bentuk wajah, fesyen dan buat hasil wajah tampak lebih muda.

Kempen ini berlangsung di kedai kaca mata terpilih seluruh Malaysia bermula 28 Jun hingga 28 September, buat anda yang masih tercari-cari kaca mata ideal, kunjungi sahaja kedai kaca mata yang memaparkan logo kempen ini dan anda akan berpeluang mendapatkan khidmat nasihat profesional daripada perunding optikal di stor tersebut secara percuma. Perunding optikal ini juga akan memberi tip dan langkah-langkah berkesan dalam mendapatkan bingkai kaca mata yang sesuai khas mengikut warna kulit, gaya hidup, personaliti dan bentuk wajah dan mata anda.

Ya! kami juga sudah mendapatkan konsultasi daripada perunding optikal ini untuk anda dan ia memberi rasa lega kerana persoalan tentang kaca mata sudahpun terjawab! Untuk keterangan lanjut layari laman Facebook optikal berikut; Focus Point, Mog, My Eye, Eye Trend dan Classic Eyewear.

Andre Amir telah temui bingkai kaca mata yang ideal! Terima kasih kepada perunding optikal.

Spotted! Selebriti dari kiri Venice Min, Brian See dan Adeline Tsen di kedai optikal kami untuk sesi perundingan bingkai kaca mata. Isabella Wong temui bingkai kaca mata yang tepat dan sempurna. Terima kasih pada perunding optikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.