ILHAM SIGNATURE TUDUNG ALIFF BY SHA?

EH (Malaysia) - - Jurnal Fesyen -

Kami memandang serius kami fokus kepada selendang yang juga sebagai pelengkap dalam menutup aurat. Kami banyak membuat kajian dari segi rekaan, pemilihan warna dan yang lebih penting iaitu memahami selera dan cita rasa pelanggan.

APAKAH YANG MEMBUATKAN KOLEKSI EKSKLUSIF TUDUNG ALIFF BY SHA BERBEZA DARI HIMPUNAN KOLEKSI TUDUNG DARI JENAMA YANG LAIN?

Pertama adalah nama jenama selendang kami yang menjadi bualan orang ramai dan kedua idea rekaan setiap koleksi selendang punya dua belah berbeza dan mereka boleh menggayakan tudung ini mengikut cita rasa mereka dan rata-ratanya gemar dengan corak bunga, mozaik dan pilihan warna. Malah, jika anda perasan kami menggunakan tagline seperti #takpekak #takpanas #taktebal ini kerana kami sangat teliti tentang kualiti fabrik.

BERGELAR SEBAGAI SEORANG AHLI PERNIAGAAN DAN PUBLIC FIGURE, BAGAIMANA DATIN MENGEKALKAN PENAMPILAN DATIN AGAR SENTIASA TAMPAK MENARIK DAN SEMPURNA?

Saya seorang yang sangat ringkas dan selesa menggayakan apa yang sesuai dengan personaliti saya sendiri. Akan tetapi, saya tetap menjaga penampilan saya agar selesa pabila tampil di khalayak ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.