ASPIRASI SOPAN

Kehadiran selebriti, pereka dan individu penting dunia fesyen hadir dalam inspirasi cita rasa sopan, mengangkat cetusan idea modesty. EH! menyorot 10 gaya terbaik di karpet Swarovski, CFDA.

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

2 HUMA ABEDIN

Memilih menyarung helaian milik sendiri, ahli politik Amerika ini tampil menawan dalam kaftan rona ungu terang serta bersama sepatu Stuart Weitzman.

1 GIGI HADID

Labuh tanpa mengikut tubuh badan. Model terkenal ini memilih untuk menggayakan persalinan daripada The Row yang dipadankan bersama sepatu Stuart Weitzman serta aksesori Lorraine Schwartz.

3 BRIT MARLING

Gabungan antara duo fabrik berlainan mencipta ilusi langsing dan tinggi. Tampak menawan dalam busana merah jambu pastel hasil rekaan Sies Marjan dan aksesori John Hardy.

4 MIA MORETTI

Merah itu mengancam! Gaya ranggi yang dibawa oleh aktres versatil ini tampil dalam persalinan serba merah hasil rekaan Alice + Olivia.

5 ADWOA ABOAH

Cita rasa Amerikana menerusi persalinan eksklusif Coach dalam gaun bercorak gingham dipadankan bersama jaket lebar serta kasut but emas menyerlahkan lagi gaya quirky model British ini.

6 ASHLEY & MARY KATE OLSEN

Pengarah kreatif The Row ini sentiasa tampil bersahaja. Gaya relaks, boxy adalah signature mereka dan memilih untuk menggayakan himpunan terbaru The Row.

7 CONSTANCE JABLONSKI

Ilham timur barat! Model terkenal ini tampil dalam persalinan lengkap Tory Burch dan hanya memadankan bersama aksesori minimal sebagai penyempurna gaya.

8 KASIA STRUSS

Padanan antara gaun maksi duo rona sekuin bersama celana hitam berambu antara menjadi perhatian malam gala CFDA. Model terkenal ini memilih helaian lengkap daripada Monse.

9 COCO ROCHA

Sarunglah apa sahaja, pasti tampak kena! Model terkenal ini sekadar menyarung top longgar hitam dan dipadankan bersama skirt renda putih Cynthia Rowley.

10 IMAAN HAMMAM

Denim bersama ikatan fabrik organza antara padanan unik! Jumpsuit denim dengan perincian halus bunga sulam hasil rekaan Adam Selman dan tambah menyerlah dengan sepatu merah Christian Louboutin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.