PARIS JACKSON

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

Lahir pada 3 April 1998, Paris-Michael Katherine Jackson atau lebih dikenali sebagai Paris Jackson adalah satu-satunya anak perempuan kepada raja pop dunia Michael Jackson. Seperti anak selebriti Hollywood lain, Paris turut mengikut jejak langkah bapanya dengan terjun ke industri hiburan sebagai pelakon. Dia dikhabarkan bakal beraksi bersama Charlize Theron dan Amanda Seyfried dalam sebuah filem yang belum berjudul. Walaupun karier lakonan baru sahaja bermula, Paris telah menarik perhatian dan membuka mata kelompok fesyen dunia. Tahun ini sahaja dia terpilih membintangi muka depan CR Fashion Book, Harper’s Bazaar dan terbaru Vogue Australia. Ketika Met Gala awal tahun ini, Paris melangkah sofistikated dalam rekaan Calvin Klein by Appointment bersama pengarah kreatif Raf Simons sendiri. Dan seminggu kemudian dia dilaporkan telah mengikat kontrak jutaan dolar bersama rumah fesyen New York tersebut. Pengaruh fesyennya juga semakin kukuh selepas dilihat merakamkan kempen untuk rumah fesyen Chanel. Penggambaran yang dijalankan di kota Paris itu melihat dia persis ikon muzik Madonna dalam tema militari 1940-an. Dia turut sempat menghadiri pementasan koleksi musim luruh/sejuk 2017 Dior Homme dan Givenchy ketika Minggu Fesyen Paris Men awal tahun ini.

dalam gaun hitam Calvin Klein by Appointment oleh Raf Simons di Met Gala 2017.

Dia berani mengenakan rekaan yang bold seperti gaun multi-warna Yanina Couture di GLAAD Media Awards 2017.

Bersama rakan Richie ketika menghadiri InStyle Golden Globe After Party di Beverly Hills.

Paris membiaskan gaya nan glamor dengan sentuhan rebellious dalam rekaan Balmain ketika melangkah di Anugerah Grammy 2017.

Aksinya kala menghadiri pertunjukan Dior Homme dan Givenchy ketika Minggu Fesyen Paris Men.

Dia mengejutkan industri fesyen dunia selepas muncul sebagai wajah majalah CR Fashion Book oleh Carine Roitfeld.

Gaya kasual miliknya cukup relaks dengan hanya memakai kemeja-t ikat-celup dan rantai berloket simbol keamanan membiaskan sisi hippie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.