RAMBUT RINGAN & LEMBUT DENGAN AIRY FLOW

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Sering pening memikirkan cara untuk memilki rambut yang cantik dan senang untuk diuruskan. Kini anda boleh memilikinya dengan produk penjagaan rambut terbaru Shiseido Professional The Hair Care Airy Flow.

Rangkaian produk yang boleh didapati di salun kecantikan Shiseido ini diformulakan daripada teknologi Flow Motion yang memberikan perhatian pada penjagaan kulit kepala agar rambut kembali lembut dan tidak kasar. Ia juga membaiki tahap ketahanan rambut. Selain itu rambut berasa ringan seperti angin yang bergerak secara bebas dan kelihatan menawan semula jadi.

Airy Flow ini memiliki bau wangian seperti sebuah taman bunga yang dirumuskan dari bunga dan buahbuahan.

Terdapat empat rangkaian produk penjagaan dalam koleksi Airy Flow iaitu Syampu, perapi, Intensive Effector dan Refiner.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.