ASAS 101

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Untuk memiliki asas yang cantik dan flawless, memang ramai wanita yang buntu memilih yang sepadan. Bukan hanya memikirkan produk apa yang patut dibeli, apa yang patut dipakai dan apa yang tidak perlu pun turut merunsingkan. EH! sediakan langkah untuk memiliki asas sempurna, apa yang anda perlu lakukan adalah ikut sahaja!

1

Mulakan dengan primer (sudah tentu selepas anda oleskan pelembap). Gunakan Urban Decay Self-Adjusting Complexion Primer, ia mengelakkan wajah tampak berminyak dan membuat sapuan bedak asas tampak mulus.

2

Oleskan bedak asas, pada kulit wajah yang telah disapu primer tadi. Gunakan Bobbi Brown Skin LongWear Weightless Foundation Full Cover Cushion Compact SPF 50 .Ikut keselesaan anda untuk menggunakan jari atau berus atau beauty blender. Kami lebih suka menggunakan jari, tampak lebih natural.

3

Conceal! Ya, penyamar noda jangan dilupakan. Untuk mendapat asas yang cukup sempurna dan bebas lingkaran gelap atau cela, oleslah penyamar noda. Anda boleh pilih daripada pelbagai tekstur. Krim (lebih pekat), pen (lebih ringan dan tipis namun turut boleh dijadikan penyerlah) dan stik (untuk liputan lebih menyeluruh)! Kami suka YSL Touche Eclat selain mampu memberi penyamaran sempurna, ia berupaya menyerlahkan wajah!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.