BUNGA MELUR, BUKAN SEKADAR HARUM

KUNCI KUASA APLIKASI PENJAGAAN KULIT BERMULA DARI KESELESAAN DAN JUGA KEBERKESANANNYA DALAM MENYALURKAN KHASIAT YANG DIPERLUKAN KULIT WAJAH.

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Apa yang diperlukan oleh setiap wanita adalah kesimbangan pada kulit wajah dari segi kelembutan, kelembapan dan keanjalannya. Kerana itulah Madamoiselle Chanel menetapkan visi baharu dalam meraikan kecantikan dengan memberi fokus kepada kebebasan juga keselesaan. Maka terhasillah HUILE DE JASMIN pada tahun 1927 yang disyorkan buat urutan wajah yang juga menjadi produk mewah yang bermanfaat dan cukup efisien sehingga ke hari ini.

Antara kebimbangan utama yang membelenggu wanita moden masa kini adalah paras kelembutan dan kelembapan kulit. Chanel telah menghasilkan satu minyak yang ringkas dan tulin dengan merumus bahan utama ekstrak bunga melur dari Grasse. Bagi menyalurkan khasiat yang sempurna, ia turut digabung bersama bahan-bahan berkualiti tinggi seperti bunga kamellia, limnanthes alba, jojoba dan juga minyak vegetal squalene.

SERI SEMULA JADI

Memberi hasil kulit lembap, terhidrat dan kuat, minyak wajah HUILE DE JASMIN ini melindungi kulit dan juga membekalkan keselesaan dan kelembutan padanya. Hasil olesannya membuatkan kedutan dan garis halus tampil samar dan kulit tampak lebih berseri dengan sedikit kemasan satin pada wajah.

AROMATERAPI

Keistimewaan minyak ini adalah ia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah, malah olesannya diserap dengan pantas dan menyaluti kulit dengan lembut dan berseri. Semasa aplikasi anda juga bakal menikmati aroma kuntuman melur yang cukup menenangkan.

APLIKASI URUTAN

Minyak wajah ini tampil versatil dan boleh diaplikasikan pada waktu siang dan juga malam. Ia juga boleh digunakan secara sendiri atau selepas sapuan serum. Urutannya pada wajah bakal merangsang kulit untuk tampil lebih sihat, terhidrat dan bercahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.