BADAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Penjagaan kulit badan sama penting dengan penjagaan kulit wajah. Sekiranya anda tidak menitik berat dalam penjagaan kulit badan ia akan menjadi kering dan kelihatan kusam. Cuba lakukan beberapa langkah ini bagi memelihara kulit tubuh agar sentiasa lembap dan lembut. Sekiranya kulit anda mudah kering selepas mandi, cuba guna sabun yang lembut kandungannya dan bebas buih. Sekirannya kandungan bahan kimia tinggi dalam sabun yang anda guna akan membuatkan kulit tubuh menjadi kering dan tidak bersinar. Cuba krim mandian yang diformulakan daripada susu kambing. Jika anda mempunyai masalah selulit, pilih produk khas yang dapat menyingkir selulit yang mengandungi kafein. Hasilnya anda dapat lihat dengan cepat. Tidak hanya wajah saja perlu diberi perlindungan dari pancaran matahari, kulit tubuh juga harus diberi perlindungan. Jangan sesekali keluar dari rumah tanpa memakai atau mengoleskan sebarang losen atau krim tabir suria. Ia dapat melindungi dan menghalang kulit dari kering, kemunculan garisgaris halus dan melambatkan proses penuaan. Malaysia yang panas disarankan menggunakan krim tabir suria atau losen yang tinggi kandungan SPF, seeloknya 50 ke atas dan PA+++ untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.