TAWAN KULIT MENUA! Untuk mengekalkan keremajaan kulit, anda memerlukan lebih daripada satu serum anti-penuaan!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sekian lama kita hanya menggunakan satu serum yang menjanjikan multi manfaat pada kulit kita yang kian menua. Baik untuk anjal, meratakan ton kulit, hilangkan garisan halus serta kedutan. Kalau mahu difikir logik, memang benar mampukah satu serum bertindak semuanya?

Setiap kulit mempunyai masalah penuaan yang berbeza yakni memerlukan keperluan yang khusus dan terperinci. Jadi kulit perlulah dianalisis secara personal bagi menyasarkan mengikut keperluan kulit itu sendiri. Dengan itu Sothys memperkenalkan Youth Serums yang menampilkan enam serum sekaligus yang setiap satunya menyasarkan pada masalah penuaan tertentu iaitu Unifying, Detoxifying Anti Free Radical, Wrinkle-Specific, Firming Specific, Reconstructive dan Perfect Shape. Diformulakan dengan tekstur yang ringan, sesuai untuk teknik lapisan dengan pelbagai produk bagi mendapatkan efek maksimum.

1. Unifying Youth Serum

Mencerahkan tompok hitam dan poripori yang ketara. Hadir dengan tekstur krim gel menjadikan kemasan kulit lebih pusam. Ia mampu meratakan ton kulit dan mengurangkan penghasilan kedutan.

2. Detoxifying Anti-Free Radical Youth Serum

Hadir dengan tekstur yang lebih bersinar dengan formula pigmen anti-kusam untuk memulihkan semula kulit yang telah tercemar akibat pencemaran, asap rokok, kurang tidur dan sebagainya. Kulit akan tampil lebih segar dan berseri.

3. Wrinkle Specific Youth Cream

Menghilangkan kedutan dengan penambahan kolagen yang tidak memerlukan jarum! Serum ini berupaya mengurangkan kedutan yang ketara, melembutkan garisan halus dan membuat tektur kulit lebih mulus.

4. Firming Specific Youth Serum

Menganjalkan kulit dengan formula unik tekstur gel yang berupaya meregangkan kulit. Kulit akan terasa lebih tegang dan anjal, malah bebas kedutan!

5. Reconstructive Youth Serum

Gel salap ini mampu menghasilkan tesktur kulit yang lembut dan bersih sebaik disapu pada kulit. Memulihkan sel-sel kulit agar kulit tampil lebih segar dan muda.

6. Perfect Shape Youth

Membentuk wajah dengan serta-merta. Ia berupaya memperbaiki tekstur kulit dan menyasarkan pada bahagian yang kendur seperti leher. *RM490 setiap satu (30ml)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.