RAHSIA JAGA RAMBUT KERITING

Kusut dan frizzy sudah menjad ‘BFF’ kepada si empunya rambut keriting. EH! bawakan cara penjagaan rapi khusus untuk si gadis berambut keriting.

EH (Malaysia) - - Rambut -

Ramai wanita yang berambut keriting mengalami masalah rambut kering, kusut dan tidak bermaya. Walaupun pelbagai cara dan produk telah dicuba namun satu pun tidak mendatangkan hasil. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sedikit ‘effort’ untuk anda menjadi lebih disiplin. Ingin tahu teknik-tekniknya? Ikut langkah di bawah:

PRA SYAMPU

Pentingnya untuk menggayakan rambut dan mengelakkan rambut menggerbang bermula dari waktu mencuci rambut. Malah sebelum bersyampu, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu untuk mengelakkan kekusutan ketika bersyampu dan mengelakkan rambut dari gugur.

SYAMPU DENGAN BETUL

Kurangkan bersyampu adalah pilihan terbaik! Dan pentingnya pemilihan syampu untuk rambut keriting adalah sama penting seperti anda memilih pencuci wajah. Pilih syampu yang khusus untuk rambut keriting atau kusut dan kering seperti syampu yang bebas sulfat. Kebanyakan syampu hadir dengan ‘Sodium lauryl sulfate’ iaitu garam dan sulfat yang mana terlalu kasar untuk rambut keriting. Selesai mencuci jangan sesekali ‘skip’ langkah memakai perapi. Lebih keriting rambut anda maka lebih sukarlah untuk minyak semula jadi dari dalam rambut mengalir hingga ke hujungnya. Jadi lumurkan sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi pada bahagian hujung rambut.

LEMBAPKAN RAMBUT

Proses merapi rambut tidak berhenti ketika mandian. Selesai saja anda keringkan rambut dengan kain mikrofiber (elakkan tuala biasa), oleskan serum khas untuk kulit kepala bagi membantu mendapatkan rambut yang sihat, bersinar serta cantik bercahaya. Kemudian oleskan perapi tanpa bilas untuk melembutkan rambut sebelum rambut ditiup kering. Dengan ini, ia akan merapikan rambut dan menghasilkan rambut yang lebih terurus dan terbentuk.

TIUP KERING

Tiup kering rambut waktu ia dalam keadaan separa lembap, elakkan meniup rambut ketika rambut dalam keadaan benar-benar basah atau benar-benar kering. Ia akan merosakkan rambut dan secara tidak langsung membuat rambut lebih ‘frizzy’. Dan hanya keringkan rambut menggunakan pengering rambut yang mempunyai peresap, ia dapat mengeringkan rambut dengan sempurna, tanpa mengakibatkan rambut rosak atau kusut.

GUNAKAN SARUNG BANTAL SUTERA

Apabila tidur, kepala anda menekan terus pada bantal dan jika anda menggunakan sarung bantal kapas mengakibatkan peresapan lembapan yang maksimum pada rambut anda. Akhirnya rambut akan tampak kusut keesokan hari. Jadi dengan penggunaan sarung bantal sutera ia akan mengekalkan lembapan rambut dan menjadi lebih terurus keesokan hari. STAILKAN RAMBUT Jika anda mempunyai rambut yang panjang dan inginkan rambut beralun asli, ikat rambut dengan menyimpulnya pada bahagian bawah sekali seperti sanggul rendah. Bukan di tengah atau sanggul tinggi. Semburkan penyembur rambut Biarkannya sepanjang perjalanan anda ke tempat kerja, sesudah tiba buka ikatan dan anda akan lihat hasilnya!

Tommy Hilfiger DKNY

L’OREAL Professionnel NUTRIFIER Shampoo 1

KERASTASE Aura Botanica Serum

Michelle Helen Alexander Wang Reem Acra SCHWARZKOPF Osis+Bouncy Curls

DYSON Supersonic Hair Dryer GHD Core Air Hero

Jason Wu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.