HELAIAN BERSIH DAN WANGI

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Penampilan memainkan peranan penting buat mana-mana individu dan langkah paling mudah untuk menarik perhatian adalah dengan mengenakan helaian yang bersesuaian selain bersih dan tidak berbau. Membersih baju antara tugasan rumah yang mudah namun pada masa yang sama jika tersalah langkah, boleh merosakkan helaian kegemaran anda. Tip penting yang perlu ingat sebelum membasuh helaian adalah dengan memeriksa label kerana ada sesetengah pakai perlu dibasuh dengan tangan atau dibasuh berasingan. Selain itu, pilihan pencuci pakaian juga memainkan peranan penting. EH! cadangkan dua cecair untuk helaian kegemaran anda.

TOP MICRO-CLEAN TECH BRILLIANT CLEAN Hadir dengan teknologi Micro-Clean TechTM yang bertindak untuk membersihkan kotoran degil yang menjadikan helaian tampak kusam selain melindungi helaian daripada kotoran lain dengan dengan pengagihan berkuasa tinggi untuk cucian yang lebih bersih dan cerah. Teknologi Micr-Clean TechTM juga membersihkan peluh dan sebum serta molekul-molekul peluh yang menjadi penyebab kepada kekuningan pada fabrik putih. Ia juga lengkap dengan rumusan anti-bau hapak dan antidebu hama.

COMFORT WHITE MUSK Pelembut fabrik Comfort White Musk dirumus dengan campuran kayu, rempah segar, haruman bunga ros dan bunga melati untuk menghasilkan wangian yang nyaman dan tahan lama. Haruman unik ‘Oud’ daripada negera-negara Timur Tengah ini dianggap sebagai haruman eksklusif yang menenangkan. Malah, pelembut fabrik ini juga menggunakan teknologi NCAP yang memelihara fabrik dan membekalkan kesegaran tahan lama sehingga 28 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.