#THROWBACK

EH (Malaysia) - - Jurnal -

14 OGOS 1977 – Elvis Presley yang juga dikenali sebagai King of Rock and Roll meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat sakit jantung. Dia merupakan salah seorang artis solo paling berjaya dalam industri muzik dengan jualan album 600 juta di seluruh dunia.

2 OGOS 1983 – James Jamerson sebagai salah seorang pemain bass paling berpengaruh dalam sejarah muzik moden, meninggal dunia akibat pneumonia. Dia adalah pemain bass paling banyak muncul di carta muzik yang mana muziknya dimainkan dalam lebih 70 lagu hit carta R&B serta 30 lagu hit nombor 1 dalam carta Billboard.

21 OGOS

1994 – HBO menyiarkan konsert istimewa Barbara Streisand berjudul Barbra: The Concert yang merupakan konsert jelajahnya yang pertama dalam masa 28 tahun. Tayangan siaran ini juga merupakan tayangan muzik tertinggi dalam sejarah HBO dengan tontonan sebanyak 11.2 juta. 25 OGOS 1994 – Drama bersiri My So Called Life ditayangkan buat kali pertama yang dibintangi oleh Claire Danes dan Jared Leto. Ia mengisahkan sekumpulan remaja pada era 90-an yang banyak bermain dengan isu sosial serius termasuk penggunaan dadah, penggunaan alkohol, penderaan kanak-kanak serta homophobia.

4 OGOS 2008 – Imej pertama anak kembar Brad Pitt dan Angelina Jolie, Vivienne Marcheline dan Knox Leon dimuat naik ke dalam laman web People.com. People dikatakan membayar sebanyak USD14 juta untuk memenangi hak imej ini yang merupakan imej bayi selebriti paling mahal di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.