RAMALAN LEO (23 JULAI – 22 OGOS)

EH (Malaysia) - - Horoskop -

PERHUBUNGAN

Dunia percintaan anda pada tahun ini tidak membosankan walaupun akan ada permasalahan tetapi itu tidak akan menjejaskan perhubungan sekiranya anda tidak terlalu memberikan perhatian terhadap gangguan tersebut.

CITA RASA FESYEN

Rona emas, kuning, merah dan jingga menjadi pilihan Leo dan ia menyerlahkan lagi karakter mereka. Elemen dramatik sering ditampilkan oleh Leo dalam setiap persalinannya.

KEWANGAN

Anda perlu bijak berbelanja. Banyak pengeluaran yang telah anda lakukan tetapi kemasukan wang simpanan hanya sedikit. Bagi menghindari sebarang masalah anda perlu beli barang mengikut keperluan bukan keinginan.

KECANTIKAN

Wanita Leo terkenal dengan sikap yang setia, manis dan sentiasa ingin kelihatan segar sepanjang hari. Gincu bibir warna rubi atau merah delima membuatkan Leo tampak lebih menyerlah dan menawan.

SHILA AMZAH 13 OGOS 1990

SHISEIDO Rouge Rouge RM115

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.