ILUSI CINTA SIBER, RUGI RIBUAN RINGGIT

Licik, manipulasi dan janji manis antara bibit permulaan pelaku jenayah siber mengheret mangsa ke lembah durjana. Waspada sebelum terlambat!

EH (Malaysia) - - Inspirasi - TEKS JULIA AZMAN GAMBAR 123RF.COM

Sudah terhantuk baru tergandah! Itulah terjadinya kepada golongan wanita lemah yang mudah dan cepat terpedaya dengan helah penipuan jenayah siber semakin tular dalam kalangan masyarakat setempat di bumi Malaysia. Jenayah siber ini dikatakan berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia antaranya ancaman virus, peras ugut, penggodam, love scam dan spyware dan malware. Paling digeruni golongan wanita yakni kes jenayah kedua terbesar Malaysia iaitu apabila terpalit dengan cinta siber warga Afrika atau Nigeria sebelum lesap wang ringgit hingga mencecah ratusan ribu. EH! mengupas isu ini untuk anda memahami lebih mendalam dan bersedia dengan serangan jenayah siber.

Menurut statistik terbaru dari Datuk Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia peratusan jenayah siber di Malaysia semakin membimbangkan. Walaupun pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan, namun peratusannya membuatkan negara kita tersenarai sebagai antara negara yang mencatat kes tertinggi dalam jenayah penipuan siber. Malah, ia sedikit sebanyak mengganggu perkembangan ekonomi di Malaysia. Kemudahan teknologi serba canggih lebih mengeruh keadaan bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Kerana menggunakan jalan mudah bagi mendapatkan duit dengan cara yang salah.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN JENAYAH SIBER?

Yakni jenayah yang melibatkan alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer atau sewaktu dengannya. Ia adalah jurang komunikasi utama dalam jenayah siber yang kebiasaan dilakukan. Namun, jenayah siber seperti ini susah untuk dibuktikan secara efektif kerana mudah untuk membuang segala data dan tidak boleh dibuktikan secara fizikal sebab itu mangsa akan putih mata setelah ditipu.

PUNCA MASALAH JENAYAH SIBER MASIH BERLELUASA?

KESUNYIAN: Menerusi jenayah Love Scam, mangsa ialah wanita kesunyian dan punya masalah emosi cenderung terpikat dengan kata-kata manis sindiket lelaki Afrika atau Nigeria dengan menyamar sebagai lelaki berduit, macho. TIDAK PEKA: Dalam lingkungan umur 24-40 mereka lebih terdedah dengan penggunaan dalam talian. Golongan ini kerap membuat belian tanpa mengkaji kesahihan maklumat serta penggunaan laman sosial secara berleluasa tanpa sebarang kawalan membuatkan mereka terdedah dalam persekitaran jenayah siber ini. Orang leka seperti ini adalah target utama bagi sindiket ini kerana mereka beranggapan mangsa tidak endah dengan persekitaran semasa. TIDAK BEKERJA: Dengan masalah ekonomi dunia semakin meruncing dan peluang kerja yang terhad, ia menjadi punca mengapa pelajar lepasan Universiti tidak punya pekerjaan dan masih menunggu peluang pekerjaan hingga sampai satu tahap mereka akan putus asa dan mengambil jalan mudah. Scam tipu helah kerjaya juga sudah lama menular dalam jenayah siber.

WANITA BERKERJAYA, SOLO ATAU JANDA ANTARA MANGSA MAINAN CINTA SIBER AFRIKA DENGAN HASIL PENYAMARAN SEBAGAI SEORANG LELAKI YANG TAMPAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.