KISAH 1

EH (Malaysia) - - Realiti -

Saya seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Saya terkena dengan kes penipuan love scam ini sewaktu saya dalam keadaan emosi tidak stabil. Lalu, saya terpikat dengan seorang lelaki asing yang memperkenalkan namanya sebagai Khaleed. Ibu dan ayahnya berkahwin campur; bumiputera Sarawak dan Inggeris. Dia mengatakan yang dia bekerja sebagai jurutera kontraktor dan menggunakan gambar persis orang lokal. Lelaki ini mula mengerakkan modus operandinya dengan mengatakan yang dia akan terbang ke Amerika dengan alasan menghadiri mesyuarat dan bertanya pada saya, adakah saya ingin sesuatu sebagai kenangan hadiah dari sana. Saya hanya meminta key chain atau magnet peti sejuk sebagai hadiah dari Amerika. Kami banyak berinteraksi melalui media sosial Facebook. Setelah pulang dari Amerika, dia mengatakan dia ada mengirim hadiah mewah berupa beg tangan, barangan kemas, telefon bimbit berserta wang tunai bernilai 120,000 pound kerana alasannya wang terbabit akan dia gunakan untuk membeli aset hartanah di sini. Cara dia memperdaya sangat menyakinkan, dia berkongsi gambar parcel slip dan menyuruh saya menelefon satu nombor tempatan untuk mengesahkan setiap barangan dengan membayar RM1650. Dengan perasaan teruja dan tanpa berlengah masa, saya dengan kadar segera memasukkan duit ke akaun bank atas nama perempuan tempatan. Selepas saya mengambil gambar untuk menunjukan kesahihan pembayaran saya dan menghantar kiriman mesej ke nombor tertera, orang terbabit membalas teks saya dengan ayat, “Kenapa dalam parcel ini ada wang dalamnya dan ia adalah salah serta perlu membayar dendaan bernilai RM 8600.” Saya mula rasa tidak sedap hati kerana mana mungkin saya ada duit lebih untuk bayar denda. Lelaki itu terus mendesak saya agar membayar denda terbabit dan mujurlah saya cepat tersedar lalu terus membuat aduan ke pihak polis dan menghubungi SKMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.