NOTA CANTIK Gabrielle Chanel, Aroma Mewah Namun ‘Muda’

Selepas melancarkan beg, Chanel memperkenalkan haruman Gabrielle pula. Khairul Abidin terbang ke Paris menghadiri parti eksklusif meraikan minyak wangi yang bakal dilabel ikonik sedikit masa lagi.

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Awal Julai lalu, saya diundang Chanel untuk menjadi salah seorang yang bertuah menghadiri pelancaran global minyak wangi terbaru Chanel. Tidak hanya menghadiri parti eksklusif, saya juga diundang menghadiri pertunjukan himpunan luruh/ dingin 2017/18 Haute Couture Chanel. Berlangsung di Grand Palais, Chanel membina replika Menara Eiffel sebagai pelengkap set (laporan penuh di dalam EH! edisi Oktober).

Chanel mahu menjenamakan nama Gabrielle tahun ini, lantas aroma sajian barunya ini juga dinamakan sebagai Gabrielle, sama seperti nama begnya yang diperkenalkan pertengahan tahun ini. Jika ada yang tidak tahu, nama pertama Coco Chanel ialah Gabrielle, dan kerana itulah Chanel mahu bermain dengan pangkal nama pengasasnya sendiri tahun ini. Sudah tiba masanya ‘Gabrielle’ diangkat dan menerima pengiktirafan.

BOLD SEPERTI GABRIELLE CHANEL

“Apa saja yang saya lakukan, saya lakukan dengan penuh minat (passion). Tiada apa-apa yang saya mulakan tanpa mengingatkan diri saya yang keseluruhan hidup saya quote Gabrielle Chanel. Haruman Gabrielle dicipta berdasarkan karakter Gabrielle Chanel sendiri. Dia seorang yang berani, bold, majestic dan dalam masa yang sama feminin.

Gabrielle Chanel membesar di rumah anak yatim setelah kematian ibunya ketika dia berusia 12 tahun. Di situ jugalah Gabrielle Chanel mula belajar menjahit. Pengalaman berdikari sendiri mengajar dia untuk jadi seorang yang sangat kental, dia tahu mengatur kehidupannya sendiri. Apa-apa keputusan dibuat atas keberanian dan keyakinan dirinya sendiri.

Para pekerja Gabrielle memanggilnya dengan panggilan Mademoiselle, dan rakan-rakan terdekatnya memanggilnya Coco. Jika Coco dilihat sebagai semangat Gabrielle Chanel, Gabrielle pula adalah terjemahan sempurna tentang dirinya.

Tahun ini, Chanel mahu melakar sejarah barunya. Mereka mahu ‘mencipta’ satu nama signature, botol dan aroma baharu. Chanel mahu berkongsi mesej keberanian Gabrielle Chanel dan mesej itu mahu disampaikan menerusi sebotol haruman. Mesejnya mudah, Chanel mahu kita menentukan hala tuju hidup kita sendiri, memilih jalan yang kita mahukan, bukannya berpandukan pada kehendak orang lain. Semuanya dibikin atas pilihan diri sendiri. Malah orang Chanel mengakui Gabrielle adalah haruman tepat menterjemahkan karakter diri Gabrielle Chanel.

Seperti disebut tadi, Gabrielle Chanel adalah haruman untuk

wanita yang yakin dengan keputusan dan pilihan diri mereka sendiri. Haruman Gabrielle Chanel mengajak semua wanita menyubur kepercayaan kepada diri sendiri bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan, mengikut suara hati dan tidak mudah goyah.

DOMINASI BUNGA PUTIH

Apa yang menarik sewaktu saya ke parti pelancaran Gabrielle Chanel ialah pengalaman melangkah pada tiap-tiap seksyen pameran. Salah satu bahagian yang saya suka ialah bahagian bahan-bahan yang digunakan dalam haruman ini. Haruman ini didominasi bunga-bungaan, jadi di bahagian pameran ini gambar-gambar kuntuman yang digunakan dicetak besar dan digantung pada dinding. Dan di sebelah setiap gambar tadi ada sebuah pintu kecil yang mana pabila dikuak pintunya saya dapat menghidu bau bunga-bungaan tersebut. Jadi, dari situ sesiapa yang membuka pintu tersebut dapat menikmati juga menyelami aroma ‘solo’ kuntuman tersebut dan sekaligus sudah dapat meneka-neka atau membayangkan bagaimana bau Gabrielle Chanel selepas diramu bersama bau-bauan tadi.

Haruman yang dicipta oleh pakar haruman Chanel, Olivier Polge bersama-sama Chanel Fragrance Creation and Development Laboratory ini menggabungkan empat bunga utama iaitu bunga melur (jasmine), ylang-ylang, tuberose dan juga orange blossom.

Keempat-empat bunga ini disatukan dengan beberapa bahan lain untuk memastikan baunya lebih menyerlah. Olivier memekatkan lagi bau melur yang diramu dalam haruman ini, dan dia juga menyuntik musk untuk memewahkan lagi bau ylang-ylang. Malah dia memercikkan lagi kesegaran orange blossom dengan menambah kulit mandarin (limau), anggur dan sedikit blackcurrant sebagai rencah tambahan. Olivier juga mengahwinkan tuberose yang dipetik dari ladang di Grasse dengan kayu cendana. Hasilnya? Sebuah haruman yang saya simpulkan sarat dengan aroma bunga-bungaan, berpercikkan elemen mewah, tidak mencucuk deria bau seperti sesetengah haruman dan ia masih lagi sajak disembur orang-orang muda. Ya, memang ada sesetengah haruman baunya ‘berimej’ tua.

SEJENAK BERSAMA OLIVIER POLGE

Olivier Polge, anak kepada Jacques Polge, pakar haruman Chanel sejak tahun 1978. Dia mewarisi kebolehan ayahnya itu, dan dia bermula dari bawah. Sewaktu masih belajar dia bekerja secara sambilan ketika cuti musim panas di makmal haruman Chanel. Dia menyertai Chanel secara rasmi pada tahun 2013. 1. Berapa lama masa yang diambil untuk menyempurnakan Gabrielle Chanel? Berapa banyak percubaan dijalankan? Saya tidak boleh kongsikan. Informasi sebegini adalah satu rahsia besar di Chanel. 2. Sebelum mencipta Gabrielle Chanel, ada sebarang karakter atau imej haruman yang diberikan kepada kamu? Tiada konsep sebegitu di Chanel. Sebagai pembuat haruman saya diberi kebebasan untuk berkreatif. Haruman ini dicipta dari keinginan saya sendiri mahu mencipta haruman baru untuk wanita. 3. Bagaimana nama ‘Gabrielle’ mencurah inspirasi kepada kamu dalam menghasilkan haruman ini? Sejujurnya, nama ‘Gabrielle’ bukanlah sumber utama dalam saya mencari inspirasi untuk minyak wangi ini. Ia hadir secara semula jadi sepanjang proses pembikinan haruman ini berlangsung. 4. Jadi apakah dan dari mana datangnya inspirasi untuk haruman ini? Bunga-bungaan adalah bahan wajib dalam mana-mana haruman Chanel. Saya mengimbas dan menyelidik kembali nota-nota haruman yang pernah digunakan sebelum ini. 5. Adakah botolnya juga menjadi sumber inspirasi? Ya, bagi saya botol dan haruman itu sendiri perlu harmoni. Saya bekerja rapat dengan Sylvie Legastelois supaya hasil ciptaan kami seiring dan ada keserasian. 6. Bagaimana Gabrielle Chanel dibandingkan dengan haruman Chanel yang lain? Seperti saya katakan tadi, kesemua haruman Chanel menggunakan bungabungaan. Untuk haruman baru ini saya menggunakan bungabunga yang pernah diguna pakai sebelum ini dalam sejarah penghasilan minyak wangi Chanel, dan saya menyusun dalam cara tertentu. Secara kesimpulannya seperti saya katakan tadi saya menggunakan banyak kuntuman bunga putih. 7. Bagaimana kamu mencipta Gabrielle Chanel? Sejak awal lagi saya memasang niat mahu mencipta haruman berasaskan bunga-bungaan berwarna putih. 8. Jadi, pada bila masa kamu merasakan proses mencipta bau Gabrielle Chanel selesai? Apa yang boleh saya katakan ia banyak bergantung kepada naluri, jadi agak sukar untuk saya menjawab pertanyaan ini. 9. Mengapa selepas 15 tahun Chance dilancarkan, baru Chanel memperkenalkan haruman baharu? Sepanjang 15 tahun ini banyak yang telah kami lakukan. Semuanya dilakukan seiring, kami mempromosi nilai sejarah Chanel dan dalam masa yang sama merancang lakaran episod baru untuk Chanel. 10.Berikan tiga perkataan tepat menggambarkan haruman ini? Floral, bercahaya dan solar. 11. Haruman ini dikatakan sebuah haruman yang ‘memberontak’, jadi apakah elemen yang membuatkan ia berimej sedemikian? Rebel itu sendiri pada saya berkait rapat dengan personaliti yang kuat dan penuh keazaman, sesuatu yang saya suka kaitkan dengan bunga-bungaan putih. 12. Siapa wanita Gabrielle Chanel? Saya dedikasikan haruman ini untuk semua wanita yang menyukai bungabungaan putih. 13. Kamu rasa Mademoiselle Chanel akan sukakan bau wangian ini? Bahan-bahan yang saya pilih adalah bahan yang sering dia gunakan dalam haruman ciptaannya seperti melur, ylang-ylang dan orange blossom. Saya identiti Chanel. Saya berani kata dia pasti sukakannya.

BINTANG ‘ REBELLIOUS’

Kristen Stewart dipilih sebagai wajah sulung untuk haruman Gabrielle Chanel. Menyertai ‘keluarga’ Chanel sejak tahun 2013, dia sebelum ini sudah menghiasi kempen Chanel seperti Métiers d’Art collections, Paris-Dallas in 2014,Paris to Rome in 2016 termasuklah himpunan alat solek Chanel seperti himpunan musim luruh tahun lalu, LE ROUGE COLLECTION N°1.

Kempen Gabrielle Chanel tampil sempurna di tangan Britain, Ringan Ledwidge. Ringan sudah tiga kali diangkat sebagai pengarah nombor satu Britain oleh Campaign. Malah dia juga diiktiraf sebagai pengarah paling banyak menerima anugerah oleh Gunn Report berdasarkan kecemerlangannya dalam liga pengarahan komersial.

Dalam video kempen Gabrielle Chanel ini, Ringan mahu menonjolkan sifat rebellious dalam diri Kristen Stweart. Kempen ini menyaksikan Kristen berlari (melepaskan diri) sambil diiringi alunan suara Beyonce.

Empat bunga utama Gabrielle Chanel. Ikut putaran jam: ylangylang, melur,

tuberose dan juga orange blossom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.