RANGKAIAN MEKAP EDISI TERHAD!

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Kolaborasi jenama kecantikan bersama selebriti, pereka fesyen atau artis kini bukan lagi sesuatu yang asing namun dengan siapa itu yang menjadikan kolaborasi ini cukup unik dan istimewa. Dan kali ini EH! tampilkan dua kolaborasi yang cukup fun dan kreatif oleh dua jenama kecantikan yang popular.

LANCOME X OLYMPIA LE TAN

Istimewa musim Luruh/ Sejuk 2017 kali ini, Lancome menjemput pereka fesyen Parisian yang terkenal dengan imej quirky dan mainan rona yang ceria, Olympia Le Tan untuk menghasilkan koleksi Olympia’s Wonderland.

MAKE UP FOR EVER X JESSIE J

Dengan kepercayaan Make Up For Ever tentang bagaimana kita boleh menjadi artis untuk kehidupan sendiri, mereka meraikannya dengan menghasilkan satu hasil seni yang tiada hadnya. Dengan Artist Rouge Light (gincu dengan kemasan lembap dan rona yang menyerlah) hasil kolaborasi bersama bintang ikonik, Jessie J ini membuktikannya dengan tepat sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.