RAHSIA KULIT BERSERI TASHA SHILLA 7. Apakah yang Tasha ingin katakan pada wanita-wanita yang masih berusaha untuk memiliki kulit yang sihat dan mulus?

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Apabila bercakap mengenai Tasha Shilla tentu saja ramai yang memuji kulitnya yang mulus dan licin! Tasha berkongsi tip cantik semula jadi di samping rejim penjagaan kulit dengan SK-II.

1. Apa yang membuat anda mahu berkerjasama dengan SK-II?

Sejak dari zaman remaja Tasha suka melihat iklan SK-II. Keajaiban Facial Treatment Essence membuatkan Tasha teruja untuk mencubanya sendiri. Ia sangat berkesan pada kulit wajah Tasha. Itu membuatkan Tasha yakin pada produk SK-II dan tidak melepaskan peluang untuk berkerjasama dengannya.

2. Bagaimana pengalaman anda menghadapi hidupan liar baru-baru ini, dan bagaimana SK-II mempengaruhi Tasha hadapinya?

Pengalaman Facing The Wild bersama SK-II tidak akan Tasha lupakan. Berhadapan dengan kamera di dalam cuaca dan persekitaran yang mencabar bukanlah mudah. Tetapi bersama SK-II Tasha lebih yakin untuk memberikan pose yang terbaik.

3. Apakah produk penjagaan kulit kesukaan anda sekarang?

Facial Treatment Essence kerana ia membuatkan ton kulit Tasha sekata dan glowing.

4. Boleh anda kongsikan rutin penjagaan kulit anda?

Waktu pagi Minum air Cuci wajah dengan SK-II Facial Wash Oleskan Facial Treatment Essence Disusuli dengan Aura Essence Diakhiri dengan Cellumination Day Surge UV Malam Minum teh detoks Cuci wajah dengan SK-II Facial Wash

Oleskan Facial Treatment Essence

Sapu Masterpiece Eye Cream pada mata

Oleskan Night Cream pada seluruh wajah

6. Apakah masalah kulit yang anda bimbangkan?

Kerjaya Tasha banyak membuatkan Tasha terdedah kepada sinaran matahari dan lighting. Facial Treatment Essence dan Cellumination Day Surge UV sangat membantu Tasha dalam menjalani kehidupan harian dan kerjaya Tasha.

Sentiasa bersihkan kulit wajahnya selepas menggunakan mekap. Kunci untuk kulit wajah yang sihat adalah 'rajin'. Minum air yang banyak. Jangan lupa gunakan Facial Treatment Essence. Hasilnya sangat mengagumkan. Setiap kecantikan seseorang berbeza dan unik. Kita perlu yakin dengan diri sendiri dan hargai keunikan diri tanpa membandingkan dengan orang lain.

9. Apakah tip cantik yang terbaik anda pernah terima dan daripada siapa?

The best beauty advice yang Tasha akan ingat sampai bila-bila ialah daripada mama Tasha sendiri iaitu always smile and be positive. Mama Tasha cakap 'the best make up is your smile'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.