JURNAL FESYEN Lembaran Baharu Sweet Qismina

Ceria saat berbicara mengenai perihal dirinya. Jelas kelihatan pelakon muda ini sedang pantas meniti kematangan. Jika kena usahanya pasti dia antara yang menghiasi barisan selebriti kelas A suatu hari nanti.

EH (Malaysia) - - Muka Depan - PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS JULIA AZMAN ARAHAN SENI SHANE ROHAIZAD FOTOGRAFI RAISA AZZAM SOLEKAN SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI

PERKEMBANG AN HARI INI?

Saya masih lagi meneruskan pengajian untuk tahun kedua di Kolej Segi Kota Damansara dalam jurusan Komunikasi Massa. Saya juga bakal muncul dalam drama bersiri 50 episod untuk siaran Astro. Selain itu, saya mula berjinak- jinak dalam bidang pengacaraan. Terbaru, saya terpilih sebagai wajah kempen video bagi Lip Ice Malaysia dan McDonalds Malaysia.

A PA K A H CABARAN S E PA N J A N G BERGELAR SEORANG PELAKON?

Mengubah persepsi orang kerana masih ada yang menganggap saya pelakon cilik kerana saya mula melangkah ke dunia lakonan sewaktu berusia10 tahun. Namun, ia bukanlah satu penghalang bahkan membakar semangat saya untuk tampil lebih versatil dan matang.

M E N G A PA N A M A ‘SWEET’ MENJADI PILIHAN?

Gelaran Sweet ini diberikan oleh ibu saya sewaktu dia mengandungkan saya. Ia merupakan nickname dan bukan sekadar nama pentas. Jelas ibu, Sweet itu lambang personaliti saya yang manja. Manakala Qismina ramai yang beranggapan ia cukup unik lalu digabungkan menjadi Sweet Qismina.

A PA K A H P I L I H A N S T A I L F E S Y E N KAMU?

Semuanya bergantung pada mood! Tetapi saya lebih senang dengan gaya ringkas dan feminin. Zendaya, always be my girl crush! Campak sahaja apa jua stail pasti dia akan jadikan penampilannya cukup stylish. Dia versatil.

S I A PA K A H I N D I V I D U F E S Y E N T E M PATA N YA N G K A M U K A G U M I ?

Scha Alyahya, Sazzy Falak dan Emma Shazleen. Saya suka melihat mereka bertiga dan mereka punya personaliti cukup berbeza. Seperti Emma Shazleen dan Sazzy Falak, keduanya bertubuh petit dan mereka tahu bagaimana untuk mengenakan satu-satu gaya berpadanan dengan saiz tubuh mereka. Baju kait nipis, H&M STUDIO A/W17, RM249.00 Gaun wrap pyjamas satin, GUESS MARCIANO Cincin dempak satu mutiara, H&M STUDIO A/W17, RM49.90 Anting-anting, KATE SPADE NEW YORK

T R E N D P E N TA S PERAGAAN MUSIM LURUH 2017PILIHAN KAMU?

H&M Studio Musim Luruh 2017. Saya suka melihat barisan siluet cukup kasual dan penuh dengan elemen kejutan berbeza dengan koleksi sedia ada. Selain itu, himpunan Gucci musim ini juga menjadi pilihan saya.

HELAIAN KEGEMARAN KAMU?

Jaket berhud. Ia mudah untuk digayakan, bukan hanya untuk tampil kasual malah boleh digandingkan bersama helaian feminin seperti gaun pendek atau skirt. Selain itu, ia meningkatkan keyakinan saya untuk gaya yang lebih strong!

Top H&M STUDIO A/W17 Jaket denim TOPSHOP Anting-anting, H&M, RM34.90

CHANEL OMBRE PREMIERE, RM135 CHANEL RA INK, RM120 CHANEL LE GEL SOUCILS, RM130 CHANEL PALETTE ESSENTIELLE, RM220 Top jumper pendek, TOPSHOP Skirt potongan lisu rona hijau firus, H&M RM299.00 Anting-anting, H&M Kasut, KATE SPADE NEW YORK Tambah aksesori sebagai pelengkap gaya dengan gelang, CHARLES & KEITH Baju kait tebal rona biru, H&M Baju kutang renda, H&M STUDIO A/ W17 RM249.00 Tali pinggang, FOREVER 21

Ilham gaya sporty bersama top berhud, MISS SELFRIDGE

Baju kutang baldu, DOROTHY PERKINS Jaket labuh DOUBLEBREASTED, H&M STUDIO A/W17, RM999.00 Skirt bandage ungu, BCBGMAXAZRIA Rantai dempak berantai, H&M STUDIO A/W17, RM149.00 Tampil gaya ranggi dengan sepatu but suede, PEDRO Top dan seluar berpanel rona hijau metalik, H&M Gelang emas, FOREVER 21 Gelang emas bersimpul, KATE SPADE NEW YORK Bergaya sofistikasi dalam pilihan beg tangan, CHARLES & KEITH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.