101 ILHAM Moden Segar

dan Selena ini kini tampil berbeza dengan imej berhijab yang masih kekal muda dan segar.

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Seperti sudah lama tidak melihat wajah pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay muncul di kaca televisyen. Ibu muda kepada dua puteri, Sofia dan Selena ini kini muncul dengan imej yang baharu. Dia kini tampil berhijab dengan gaya yang lebih sopan tapi masih kekal muda dan moden. Walaupun kini dia telah berhijrah, dia masih mahu menjadi diri sendiri dalam apa jua yang dia lakukan. Melihat gambar-gambarnya di akaun Instagram, dia tidak kekok bergaya bersama hijab dalam padanan yang sederhana. Melangkah santai bersama celana denim mahupun lebih chic dengan kombinasi monokrom, dia tahu apa yang sesuai dengan stail peribadinya yang cukup relaks. Terbaharu, Liyana akan muncul dengan filem berjudul Bella & Jamie tahun ini yang turut menyaksikan dia bertindak selaku produser filem.

Sebai multiwarna, UNIQLO RM79.90

Seluar denim, LEVI’S

Skarf cetak, H&M STUDIO

Beg tangan corak bunga, RADLEY

Jam tangan kulit, KATE SPADE

Sandal berperincian, FITFLOP

Kaca mata hitam, CHRISTIAN DIOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.