SIAPA DIA Ameera Khan

DENGAN JUMLAH PENGIKUT INSTAGRAM MENGHAMPIRI ANGKA 700 RIBU, AMEERA KHAN BOLEH DILABEL SEBAGAI ANTARA BINTANG MEDIA SOSIAL TEMPATAN (BUKAN SELEBRITI) YANG PUNYA PENGIKUT PALING RAMAI. SESEKALI DIA JUGA LANTANG BERSUARA, LITTLEBUTLOUD!

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Idea mahu meletakkan Ameera sebagai penghias muka depan terpancul sewaktu saya berada di Paris. Sewaktu menikmati makan malam di Les Ombres yang berlatar belakangkan Menara Eiffel (saya rasa restoran mewah ini merupakan lokasi terbaik jika mahu bergambar dengan latar belakang ikonik Paris itu), saya dan orang kuat Chanel Malaysia, May Lyn berfikir-fikir siapa yang mahu diletakkan sebagai penghias muka depan edisi September. Saya sejak awal lagi sudah minta Chanel sediakan baju-baju baharu dari himpunan musim luruh untuk cover EH!, hanya menunggu orang yang tepat untuk menyarungnya. Tiba-tiba terfikirkan nama Ameera Khan kerana saya tahu dia pernah datang ke majlis Chanel pertengahan tahun lalu. Jadi saya pasti namanya sudah membolosi ‘tembok’ Chanel, kerana tidak mudah untuk Chanel memberi selebriti tempatan menyarung helaian mereka. “Sebelum orang lain buat, better you buat,” saran May Lyn.

Saya pernah bertemu Ameera Khan beberapa kali sebelum penggambaran ini. Namun saya tidak pernah berbual panjang, sekadar senyum juga bersalaman. Dari fizikalnya saya akui dia dikurniakan rupa paras yang cantik. Dan di hari penggambaran Ameera tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Ditemani kakaknya, dari raut wajahnya saya dapat meneka dia diselubungi rasa gementar. Ya, siapa tidak gementar, di usia 16 tahun sudah diundang menghiasi muka depan majalah, untuk bulan fesyen pula.

Kami cuba mencipta kelainan pada penampilan Ameera, mahu dia nampak berbeza dari yang selalu dilihat di Instagram. Lantas kami sarungkan cemara potongan bob, terus wajahnya berubah. Ibunya yang juga berada di studio tidak habis-habis memuji cantiknya look yang kami cipta untuk permata kesayangannya itu. “Cantik Baby. Cantik,” ujarnya dalam dialek Kelantan. Sesekali ibunya itu mengajar Ameera pose di depan kamera, sesekali dia mengambil gambar di skrin komputer. Dari raut wajahnya dapat saya lihat emosi penuh keterujaan.

HOME SCHOOL

“Saya tak mengenali you secara dekat. Ini juga kali pertama I berbual dengan you. Jadi, kalau boleh dihuraikan dalam lima perkataan, apakah perkataan yang tepat mendefinisikan diri you secara ringkas?,” saya bertanya. Ameera terdiam seketika, berfikirfikir. Dia tanyakan soalan serupa kepada kakaknya yang berdiri di hujung meja solek. “I think you’re genuine,” Atisha menjawab soalan Ameera. “Okay, genuine, motivated, and I think I’m easy going.” Ameera menjawab. “Dia manja,” Atisha menambah. “Saya juga saya rasa seorang yang transparent,” Ameera menambah lagi. Sebagai anak bongsu perempuan dalam keluarga, Ameera tidak menafikan dia dimanjakan oleh semua orang, baik ibu dan ayah juga adik-beradiknya yang lain. “Dalam keluarga mereka memanggil saya ‘baby’,” kongsi gadis yang dilahirkan pada 8 Disember 2000 ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, Ameera sudah tidak lagi ke sekolah sebaliknya home school. “Sejak tahun ini saya sudah mula home school. Saya lebih senang untuk one to one class. Tapi tidak dinafikan yang saya rindu dikelilingi kawan-kawan setiap hari. Saya rindu cikgu matematik saya, and I miss my language classes,” katanya yang mempelajari bahasa Sepanyol dan Perancis. “Saya pernah masuk ke kelas bahasa Jerman, tapi sekadar dua minggu saja. Susahlah,” jawabnya disusuli gelak tawa.

Walaupun lebih senang belajar di rumah sahaja tapi tidak bermakna Ameera tidak bergaul dengan temanteman lamanya. “Saya masih berjumpa dengan teman-teman sebaya jika punya kelapangan. Tapi sejujurnya sejak dulu lagi kawan-kawan baik saya ialah kakakkakak saya sendiri. Banyak perkara kami lakukan bersama.” Malah Ameera mengakui dek kerana selesa bergaul dengan kakak sendiri membuatkan dia meniti titian kematangan lebih awal berbanding orang lain. Malah cara dia memilih apa yang mahu dipakai juga dipengaruhi kakak-kakaknya. “The way I dress, the way I think, saya cenderung mengikut cara mereka. Lebih dewasa berbanding usia,” terangnya. Kongsi Ameera, kelasnya bermula jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang saban hari. Usai sesi belajar biasanya dia senang duduk di rumah sahaja, sesekali menemani ibunya atau kakaknya, Noor Nabila (isteri Sharnaaz Ahmad).

BERLAKON? NO!

Saya tanyakan pada Ameera, sama ada dia memang merancang mahu menjadi social media influencer. Memandangkan hari ini ramai generasi millennial mengaut keuntungan dengan membuat review pelbagai produk, kosmetik misalnya, meyarung bermacammacam stail baju juga menggayakan bervariasi rupa aksesori. Hanya ambil gambar dan muat naik di Instagram. Kata Ameera dia sebenarnya tidak pernah pun terfikir atau bercita-cita mahu jadi influencer. Semuanya berlaku secara kebetulan. Sewaktu artikel ini ditulis dia punya pengikut Instagram seramai 682 ribu orang dan di Twitter hampir 30 ribu orang.

“Lebih kurang empat tahun lalu, tahun 2013 Kak Lofa buatkan saya akaun Instagram tanpa pengetahuan saya. Pada awalnya

“Some peopleforget thatIam16 yearsold, sudah pastilah saya masih di bawah tanggungan myparents.”

dia yang banyak muat naik gambar saya, dan bila melihat respon dan komen pengikut, dari situ saya dengan sendiri mula merakam gambar-gambar OOTD, berkongsi apa yang saya pakai, bercerita benda-benda yang saya suka. Dari situ saya mula mengumpul followers. Jadi untuk menjawab soalan you tadi, jujur saya katakan saya memang tak pernah punya perancangan pun mahu jadi influencer.”

“Saya tak mahu berlakon,” balas Ameera saat saya tanyakan apakah bidang glamor yang ingin dia ceburi. “Saya tidak punya sebab tertentu, tetapi saya rasa lakonan bukanlah satu bidang yang ingin saya terokai buat masa ini, dan mungkin juga untuk masa depan. Jika diberi peluang saya mahu cuba bidang pengacaraan, bagi saya itu ruang kerja yang menarik untuk saya explore.”

“Saya pernah bercakap di hadapan orang ramai dan saya percaya tidak semua orang boleh lakukannya dengan baik. I have the confidence dan saya berasa selesa untuk lakukannya. Dan my dad juga terbuka untuk saya mencuba bidang ini, pesannya paling penting ialah passion. Bagi Daddy apa saja yang saya mahu buat mesti diiringi dengan passion barulah kita akan buat sesuatu kerja dengan kesungguhan dan minat.”

“Mengapa bidang pengacaraan?” saya menyusulkan pertanyaan lagi. “Bagi saya bidang kerja sebagai pengacara itu sendiri cukup menarik. Saya melihat sendiri bagaimana Kak Lofa lakukannya. Saya adore bagaimana dia berasa selesa berada di hadapan lensa kamera, dia lakukan tugasnya dan dalam masa yang sama bila di hadapan kamera dia masih boleh menjadi dirinya sendiri. Dia tak takut untuk being herself. Dari situ saya lihat banyak perkara menarik yang boleh saya pelajari.”

Berbicara tentang impiannya mahu bergelar pengacara satu hari nanti, Ameera cuba berpijak di bumi nyata. Biarpun ada yang berfikir angan-angannya itu akan mudah terlaksana atas tiket populariti kakaknya, namun dia percaya tidak semudah itu. Itu bukan jaminan. “Saya tak rasa saya punya akses mudah untuk membolosi bidang pengacaraan hanya kerana Kak Lofa. Saya mahu bermula dari bawah, start from scratch. Saya rasa itu akan buat saya lebih menghargai peluang yang datang dan dalam masa yang sama membuka ruang untuk saya belajar. Namun saya tak nafikan populariti Kak Lofa sedikit sebanyak mungkin akan membantu namun saya percaya itu bukan jaminan untuk saya berjaya.”

Bila ditanya tentang konsep rancangan yang mahu dikemudi, Ameera tanpa berlengah terus membalas pertanyaan saya. “Saya mahu mengacara program kembara. Bagi saya program seperti ini bersifat lebih kasual dan dekat dengan jiwa saya.”

Bila ditanya siapa pengacara kesukaannya, tanpa ragu-ragu Ameera menjawab kakaknya sendiri, Neelofa. “Selain Kak Lofa?” saya bertanya lagi. “Hmmm...” dia terdiam seketika, berfikir-fikir. “Jika pengacara luar, saya suka Khloe Kardashian.” Jarang-jarang sekali orang menyukai bintang siri realiti itu sebagai pengacara, namun saya percaya pasti personaliti Khloe menambat selera hiburan Ameera. Khloe sebelum ini pernah mengacara rancangan pencarian bakat X-Faktor edisi Amerika bergandingan dengan Mario Lopez. Awal tahun lalu pula Khloe melancarkan Kocktails with Khloe, sebuah rancangan bual bicara.

“Apakah benda terbaik yang pernah you dengar tentang diri you? Maksud I yang you dengar daripada orang yang you tak kenal?” Tanya saya sambil membiarkan Emmy meneruskan kerja-kerja menyolek Ameera. “Bila ada orang-orang di luar sana yang menganggap saya sebagai ikon fesyen mereka. Bila mana mereka suka melihat gambar-gambar OOTD saya.” Kongsi Ameera dalam bergaya dia lebih senang mengikut mood, adakalanya dia senang berpadanan sedondon hitam.

“Bagaimana pula dengan kata-kata sebaliknya? Yang tak sedap atau pahit didengar,” saya bertanya lagi. “Bila ada orang berkata, ‘ala orang kenal dia sebab dia adik Neelofa saja. Dia bukan ada buat apa-apa pun’. Selalu juga saya dengar orang cakap (tulis) begitu, walhal orang tak tahu saya juga sedang melakukan sesuatu dan berusaha untuk growing up my name. I am heading there.”

“Lagi satu orang suka mempersoalkan apa yang saya pakai. Bagi mereka saya ni sekadar menghabiskan duit my parents. Mereka fikir apa yang saya nak saya hanya perlu minta saja. Some people forget that I am 16 years old, sudah pastilah saya masih di bawah tanggungan my parents. Tapi, tidaklah apa yang saya hendak saya boleh minta sesuka hati. Pasti ada batas.”

“Lagi satu apa saja yang my parents bagi saya akan jaga baikbaik. Jika dapat beg, saya akan jaga betul-betul, sebagaimana saya dapat dari kedai sebagaimana itulah saya akan jaga.”

“Jadi dalam banyak-banyak barang yang you ada, apa yang paling you sayang?” saya sengaja bertanya, jika-jika dia mahu berkongsi. “Jam Cartier. Dan di masa akan datang saya mahu beli cincin Cartier pula. Itu salah satu impian saya. Dalam famili, hanya Daddy saja yang beli jewellery. Jika ada sesiapa mahu beli jewellery kena rujuk Daddy.”

“Icansay whatIwant tapi tak semua orang akan setuju. Saya perlu bersikap terbuka...”

HATERS GONNA HATE

Jika anda pengikut setia perjalanan Ameera Khan atau paling tidak pengguna tegar media sosial, Instagram khususnya, pasti pernah terdengar kisah-kisah yang kurang sedap didengar tentang Ameera. Antara yang mencuri tumpuan ialah pabila dia membuat keputusan untuk menanggalkan hijab. Malah ketika dia mulamula bertindak sedemikian dia menutup ruangan komen pada setiap gambar yang dimuat naik. Hanya selepas sambutan Aidilfitri lalu barulah dia membuka ruang komen.

“Selepas beberapa ketika saya mula sedar yang my followers perlu terima saya seadanya. Dan saya juga harus terbuka menerima komen dan pendapat orang lain,” jawabnya tenang. “Lebih kurang enam ke tujuh bulan saya tak baca komenkomen di Instagram termasuklah komen di akaun kakak saya. When my sisters upload my pictures pasti ada komen-komen yang berbaur kecaman. And I deactivated my Twitter for a while.”

“Sebenarnya ketika saya mula-mula mengenakan tudung memang ada citacita untuk memakainya secara tetap. Siapa yang tak mahukan? Tapi lama-lama saya rasa saya seakan mahu menurut apa yang followers saya mahukan hinggalah satu hari saya tersedar mengapa saya perlu gembirakan orang lain (followers) sedangkan saya tidak gembira. Dan keputusan membuka tudung ini bukanlah dibuat secara tiba-tiba. Saya ambil masa selama dua bulan untuk berfikir.”

“Dan sebenarnya sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pengikut yang meninggalkan komen mengecam keputusan saya tidak berrtudung. Ada sesetengahnya saya balas. Jika ada yang mahu saya berhijab secara sepenuhnya satu hari nanti, saya minta doakan. Tak perlu mengecam. Tapi bila ada komen-komen yang berbaur kurang ajar saya akan padam. Saya tahu orang mahu saya jadi orang yang lebih baik cuma pada sesetengahnya itu caranya salah.”

Biarpun muda Ameera punya keyakinan yang tinggi, saya anggap dia orangnya sangat opinionated, juga lantang dalam menyuarakan pendapatnya. Antara yang hangat diperkatakan ialah videonya menyuarakan pendapatnya tentang sekolah kerajaan. Video tersebut menjadi tular dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. “Saya hanya menyuarakan pendapat, dan pada saya pendapat tidak ada betul atau salah. Saya ada pendapat saya sendiri, begitu juga dengan orang lain. Cara saya berfikir mungkin tak sama dengan orang lain,” balasnya bila saya membangkitkan isu tersebut.

“Jadi apa yang you belajar bila video itu menjadi tular?” saya bertanya. “Saya perlu terima yang tidak semua orang akan sependapat dengan kita. I can say what I want tapi tak semua orang akan setuju. Saya perlu bersikap terbuka menerima kritikan atas pandangan yang saya suarakan.”

Saya tanyakan kepada Ameera, siapa idolanya? Pantas dia menjawab, “The Kardashians.” “Mengapa?”,balas saya. “Pada saya mereka sangat kuat. So strong. Saya pengikut setia mereka terutamanya Khloe. Saya baca blog dia. Mereka punya terlalu ramai haters. Tapi apa yang mereka buat? Mereka ignore saja. Dalam hidup kita tak boleh tutup mulut sesiapa, orang akan terus berkata-kata. Haters akan terus membenci, jika you buat benda betul pun pasti ada saja yang membuatkan mereka berasa tak puas hati. Haters just gonna hate. Mereka akan berterusan menghakimi.” Ada benarnya kata Ameera, The Kardashians adalah salah satu contoh terbaik (sekurang-kurangnya kekentalan jiwa mereka berdepan dengan haters), dan mereka menggunakan populariti mereka sebaik mungkin dalam mencipta nama dan yang pastinya mengumpul harta. Dari rangkaian pakaian hinggalah kosmetik, apa saja yang mereka hasilkan pasti menjadi buah mulut juga mendapat sambutan. Sambutannya bukan biasa-biasa, malah mencetus fenomena.

“Falsafah hidup saya mudah, grass isn’t greener the other side. Saya hargai apa yang saya ada, dan dalam masa yang sama saya looking forward next thing. Contohnya hari ini saya diberi peluang untuk shoot my first cover ever, saya hargai peluang yang EH! bagi. Saya tak nak fikir kenapa bukan majalah A atau majalah B. Bagi saya peluang ini bukan semua orang dapat, saya harus hargai apa yang datang.”

Kata Ameera dia sangat rapat dengan ayahnya. Memanggil ayahnya dengan panggilan Daddy, kata Ameera apa saja yang mahu dilakukan pasti ayahnya itu menjadi rujukan. “Daddy selalu ingatkan saya, secantik mana pun saya, sebagus mana pun saya, akan sentiasa ada orang yang lebih cantik dan lebih bagus. Perlu sentiasa beringat, merendah diri. To earn respect we have to respect people.

“Okey Ameera, apa yang membuatkan you gembira?,” soal saya. “Pabila saya boleh menjadi diri saya sendiri. Satu perkara yang saya rasa orang takut atau lupa nak buat ialah menghargai diri mereka sendiri. Kita takut dilabel perasan atau vain. Kalau saya rasa hari ini rambut saya cantik, saya akan cakap. Kalau saya rasa kulit saya hari ini cantik berseri-seri, saya akan cakap. Apa salahnya kita hargai diri kita sendiri. Tak ada salahnya berkongsi apa yang kita rasa. Kalau saya rasa apa yang saya pakai cantik, saya akan muat naik di Instagram. Nothing wrong for us to share apa yang kita suka.”

“Kita takut dilabel perasan atau vain. Kalau saya rasa hari ini rambut saya cantik, saya akan cakap.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.