EH! SALAM

EH (Malaysia) - - Muka Depan - – IKHWAN, BOTA, PERAK

HAPPY 200TH ISSUE

Salam dihulur buat editorial EH! yang dikasihi. Saya cukup terkejut apabila pada bulan Julai yang lalu, EH! meraikan isu ke200 sejak diterbitkan pada Oktober 1999 lagi. Jadi, saya nak kongsi kenangan saya bersama EH! sejak tiga tahun yang lalu.

Isu Ogos 2014 merupakan isu pertama yang saya beli tiga tahun lalu. Erra Fazira merupakan penghias kulit isu itu. Bila saya membelek isu yang mengangkat tema Primadona ini, saya baca ruangan Inspirasi yang membawakan kisah empat aktres berkaliber seperti Sharifah Amani, isu ini, saya membeli isu Februari 2015 yang menampilkan pasangan sahabat selamanya, Marsha Milan Londoh dan Sharifah Sakinah. Rugi kalau tak baca kisah persahabatan mereka!

Yang paling saya suka ialah isu Februari 2017 yang memaparkan wajah-wajah personaliti wanita dalam bidang penyiaran televisyen. Saya pun membaca kisah Jihan Muse yang diangkat sebagai penghias kulit isu itu. Saya pun sukakan isu April dan Jun 2017. Sari Yanti sebagai penghias kulit pada bulan April penghias kulit pada bulan Jun. Sari yang berkahwin dengan Jep Sepahtu ini merupakan seorang aktres yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara dan Dayang pula merupakan penyanyi wanita yang mempunyai vokal yang mantap!

Jadi, sempena meraikan isu ke-200 EH!, saya ingin mendoakan agar majalah ini akan menjadi majalah urban yang paling viral di Malaysia pada masa akan datang.

Happy 200th issue, good luck, thank you and I love you EH!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.