NOTA CANTIK Gincu Pusam Nars Bawakan

Siapa kata hayat gincu pusam sudah berakhir? Toleh kiri kanan kamu, atau buka sahaja media sosial, masih ramai lagi wanita bertukar gincu pusam saban hari.

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Mencari gincu pusam yang benar-benar selesa dicalit pada bibir bukan mudah. rata-ratanya membuat bibir berasa kering. Mungkin item baharu daripada Nars ini akan membuatkan pencarian kamu berakhir. Saya sendiri sudah mencubanya sendiri (saya cuba warna Just What I Needed), saya jatuh cinta. Oh saya juga dapat temubual eksklusifl dengan pengasas Nars, Francois Nars. Ayuh lihat apa yang mahu dia katakan tentang koleksi barunya ini.

MENGAPA MEMILIH MAHU MELANCARKAN POWERMATTE LIP PIGMENT?

Pada saya gincu itu sendiri adalah item kosmetik paling menceriakan. Secara zahirnya setiap warna dan tekstur boleh digayakan dalam variasi gaya yang menarik. Saya rasa tidak perlulah kita punya terlalu banyak warna tapi lebih seronok andai bermain dengan pelbagai tekstur; dari glos, krim hinggalah yang pusam. Tiap satunya menyuntik efek berbeza.

APA YANG MENARIK SANGAT TENTANG PRODUK BAHARU NARS INI?

Sudah pasti teksturnya. Kebanyakan gincu pusam efeknya terlalu kering bila disapu apda bibir. Tahan lama tetapi tidak selesa. Kami bekerja keras memastikan tekturnya ringan dan melembapkan. Ia masih punya efek pusam tetapi selesa dicalit pada bibir. Malah aplikatornya dicipta khusus untuk hasil sapuan yang kemas.

MENGAPA BELLA HADID JADI PILIHAN?

Memilih model adalah sebahagian proses menghasilkan kosmetik itu sendiri, ia bahagian kreatif. Model memberi nyawa kepada produk juga identitinya, jadi pemilihan model sangat penting. Saya suka Bella. Dia punya raut wajah yang berkuasa yang sepadan dengan produk bersifat bold seperti Powermatte ini.

BAGAIMANA PULA DENGAN PRECISION LIP LINER?

Bagi saya penggaris bibir adalah item yang mahu saya perbaharui tapi tidak banyak formula atau teknologi baru yang boleh menyuntik nadi baru padanya. Akhirnya, saya ketemui formula yang berpadanan. Pensel bibir baru Nars ini melembap dan tahan lama. Bagi saya, pensel bibir ini antara yang sukar dicipta. PENTING SANGATKAH PENSEL BIBIR? Semestinya, ia menyerlah dan menonjolkan lagi gaya yang mahu ditonjolkan. Bersolek biasanya banyak bermain dengan lapisan, jika mahu ia tahan lama maka banyaklah lapisan diperlukan. Pensel bibir bagi saya item yang versatil, boleh dipakai sebelum atau selepas menyapu gincu. Merias bibir adalah proses bersolek yang menyeronokkan.

POWERMATTE LIP PIGMENT, RM97

PRECISION LIP LINER, RM91

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.