130 NOTA CANTIK 2 Dekad Kekal Takhta Penyembur Ikonik

EH! menyambut undangan ke ulang tahun ke-20 penyembur wajah ikonik Caudalie, Beauty Elixir di butik spa terkenal di Seoul, Korea dengan rasa penuh teruja.

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Satu majlis, dua keraian diraikan di butik spa La Maison Caudalie yang juga menyambut ulang tahun yang pertama bersama-sama Beauty Elixir yang kini genap 20 tahun berkhidmat buat wajah gadis-gadis Caudalie.

DEKATI CAUDALIE

“Saya mengasaskan Caudalie bersama suami, Bertrand Thomas pada tahun 1995. Semuanya bermula apabila Profesor Vercauteren memberitahu saya mempunyai sesuatu yang berharga iaitu ladang anggur Château Smith Haut Lafitte ketika musim menuai anggur pada tahun 1993. Anggur mempunyai kuasa anti-oksida yang tinggi sama seperti pokoknya juga polyphenol anggur. Dan kerana itu sehingga kini kami masih menguruskan syarikat ini dengan minat yang sama seperti hari pertama,” kata pengasas Caudalie, Mathilde Thomas. Beauty Elixir adalah antara produk pertama yang dilancarkan pada tahun 1997. Dan masuk tahun ini, genaplah 20 tahun Beauty Elixir dicipta. Apa yang membuatkan Caudalie berbeza dengan jenama penjangaan kulit lain ialah, mereka mengandungi -0% paraben, phenoxyethanol, Phthalates, Minyak Mineral, Sodium Laureth Sulfat dan bahan haiwan, yakni segalanya berunsurkan semula jadi dan bebas bahan kimia merbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.