NOTA CANTIK Teknologi Untuk Kulit Kekal Muda

Selain jaga makan, rajin bersenam dan hati berasa senang, produk yang bagus juga penting untuk memiliki wajah yang kekal muda. Laneige kongsikan hasil kajiannya.

EH (Malaysia) - - Muka Depan - Layari WWW.EH.COM.MY Tabiat Yang Merosakkan Kecantikan

Time Freeze, rangkaian istimewa yang dibangunkan Laneige dalam memerangi masalah penuaan kulit. Tua sudah jadi fitrah alam, namun jika bijak membelai diri, kena pula dengan usaha dan produknya, penuaan itu boleh dilengahkan. Laneige memperbaharui formula Time Freeze dalam usaha membantu penggemar setianya mengekalkan keremajaan kulit.

Rangkaian Time Freeze yang baharu ini memberi fokus kepada cara paling utama dalam mengawal proses penuaan yakni dengan menitikberatkan hal melembapkan kulit agar daya tahan kulit dapat ditingkatkan.

APA YANG LANEIGE LAKUKAN?

Jadi apa yang baharu tentang rangkaian yang baru ini? Untuk Time Freeze, Laneige memperkenalkan Skin Fit Up™. Formula ini dicipta untuk menyeimbangkan kelembapan kulit dan juga meningkatkan daya tahannya yang mana teknologi yang dibangunkan untuk formula ini meningkatkan penghasilan kolagen agar kulit tampak muda dan lembut. Ia menggunakan Pinitol TIMP-3, iaitu ekstrak daripada pokok carob bean.

Lapisan dermis kulit biasanya terdiri daripada kolagen dan elastin yang membentuk struktur isi kulit. Asid hyaluronic semula jadi dalam kulit bertindak sebagai pengikat kepada dua komposisi tersebut. Jadi Laneige menambah asid hyaluronic dalam Time Freeze untuk memperkasakan lagi lembapan dan keanjalan kulit.

TAMBAH DUA PRODUK INI

Selain menggunakan NEW Time Freeze Essence EX dan Time Freeze Intensive Cream EX dalam rutin penjagaan kulit, anda lengkapkan rejim anda dengan krim mata juga pupur istimewa Laneige Time Freeze. Ia mengandungi ekstrak kelp yang ditemui di dalam seaweed yang bertindak menjauhi sebarang kerosakan pada kulit sekitar mata seperti kedutan, mencerahkan serta memperbaiki keanjalan kulit sekitar mata. Ia juga mempunyai manfaat memanjangkan bulu mata. Ia mengandungi teknologi Sleep-Tight™ yang membuat kulit berasa tegang dengan pantas. Gunakan bersama face-fit roller yang mana urutan menggunakan roller ini elok untuk membentuk wajah yang lebih terbentuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.