SOAL CANTIK Cerah Sekata

Tentu sekali ada waktu anda melihat cermin dan dapati kulit semakin kusam dan tidak berseri bukan? Jadi inilah waktunya anda mengambil langkah mencerahkan kulit!

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Saya baru sedar yang ton kulit saya tidak sekata sejak saya berhijab, apa patut saya lakukan? – AZREENA, GOMBAK.

Kulit cerah bukan sekadar putih, ia termasuklah glowing dan ton sekata, ayuh mulakan rejim untuk kulit cerah! Untuk memiliki kulit cerah dengan sempurna, kami bahagikan dengan lima langkah iaitu:

1. PENJAGAAN ASAS

Jika kulit sememangnya sudah mulus maka tiada masalah untuk menggunakan rawatan yang lebih ekstrem. Tapi jika sebaliknya, anda perlu fokuskan dahulu masalah utama kulit anda. Dan anda perlu fokus kepada tiga penjagaan asas kulit iaitu membersih, menyegar dan melembap. Selalunya rangkaian pencerah mempunyai bahan seperti vitamin C, kojic acid dan hydroquinone. Jadi dengan bahan-bahan ini ia berupaya menjadikan kulit lebih cerah hari demi hari.

2. PENGELUPASAN

Untuk cara yang lebih mudah sebenarnya anda hanya perlu menggunakan lulur, lulur dipercayai membuatkan kulit lebih cerah dan bersinar dengan pengikisan sel-sel kulit mati. Lapisan kulit mati sememangnya harus dibersihkan agar penyerapan serum dan pelembap anda lebih efektif. Tetapi anda perlu ingat bahawa saat anda menggosok atau melulur, anda perlu berhati-hati kerana biji-biji halus dalam lulur mampu melukakan kulit serta mengakibatkan sel rosak lantas terhasilnya jerawat sekiranya digosok terlalu kuat.

3. MERAWAT

Pernah dengar spot targeting treatment? Ya, selalunya ia hadir dalam bentuk serum. Serum jenis ini selalunya dapat menyasarkan pada tompok hitam yang degil. Ia memerlukan formula khusus untuk merawat masalah ini, jadi mungkin dengan sekadar penjagaan asas dan lulur agak kurang berkesan. 4. MELINDUNG G Gunakan krim tabir suria SPF dan PA+++ ini kerana kita perlu melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB.

UVA – penyebab penuaan. ton tidak sekata dan kedutan

UVB – penyebab kulit terbakar (sunburn)

Gunakan perlindungan SPF yang lebih tinggi seperti SPF50. Tanpa menggunakan perlindungan daripada sinaran matahari, produk pencerahan akan menjadi sia-sia. Dan anda perlu elakkan dari terdedah secara terus kepada pancaran matahari terutama dari jam11 pagi hingga tiga petang.

Ketahui jenis krim tabir suria yang serasi dengan kulit, jika kulit sensitif pastikan anda menggunakan krim tabir suria bebas minyak atau dengan label ‘chemical free’ dan jenis ‘physical’ bukan ‘chemical’.

5. MAKANAN SAMPINGAN

Seperti Pengambilan Vitamin C. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan harian pemutihan kulit Glutathione pil dan 1000mg vitamin C suplemen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah kulit mengeluarkan melanin sebagai kesan jangka panjang. Melanin merupakan pigmen coklat. Semakin gelap warna kulit, semakin banyak kandungan melanin yang ada.

Layari Kebaikan Pengelupasan Kulit!

1. CLARINS White Plus Pure Translucency Brightening Creamy Mousse Cleanser 2. NEUTROGENA Deep Clean Black Head Eliminating Scrub 5. BIOXIL Innertreats Vital Bright 3. SHISEIDO White Lucent MicroTargeting Spot Corrector 4. LANCOME UV Expert Aqua Gel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.