LELAKI BULAN INI Syafig Kyle

Perjalanannya sebagai anak seni bermula hanya sekadar orang belakang tabir di set produksi. Selepas ditawarkan untuk menyertai Hero Remaja, pelakon berusia 25 tahun ini mula menonjolkan bakat yang ada hingga namanya mula meniti di bibir peminat drama temp

EH (Malaysia) - - Muka Depan - PENYELARAS/TEKS ANIS HANINI ARAHAN SENI SHANE ROHAIZAD & KHAIRANI RAMLI

Saban minggu, pasti munculnya dramadrama baru sebaik sahaja drama popular lain melabuhkan tirainya. Nama Syafiq Kyle mungkin tidak segah pelakon-pelakon lelaki lain namun gandingannya dengan Hannah Delisha dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer berjaya mempengaruhi minat penonton untuk terus menyaksikan sendiri kisah cinta mereka berdua dalam drama ini.

Selepas lima tahun menapak dalam industri lakonan di Malaysia, tahun ini menyaksikan kemunculannya yang lebih kerap di kaca televisyen dengan tiga drama termasuk Suamiku Paling Sweet (gandingan bersama Mawar Rashid) serta Dekatkan Jarak Kita (lakonan bersama Ayda Jebat). Malah, dia juga terlibat dengan lapan telefilem termasuk Takdir Yang Terhenti, Isteriku Cikguku, Hassan, Ada Apa Dengan Ramadhan serta Nur 3 Pagi. Namun bagi Syafiq, kejayaan yang hadir sekarang adalah kerana disiplin serta pemilihan skrip yang bersesuaian. Enggan melakonkan watak stereotaip, dia akui lebih senang berlakon dalam telefilem kerana dapat mencabar diri sendiri untuk hasil yang lebih memuaskan hati.

ANDA AKUI BAHAWA ANDA LEBIH GEMAR BERLAKON DALAM TELEFILEM BERBANDING DRAMA BERSIRI. ADAKAH INI SALAH SATU SEBAB NAMA ANDA AGAK LAMBAT DIKENALI BERBANDING PELAKON LAIN?

Mungkin juga. Bagi saya, lakonan dalam drama bersiri agak susah dan pelakon yang berjaya membawa watak dalam drama maknanya memang pandai berlakon. Saya lebih gemar berlakon dalam telefilem kerana saya dapat berlatih dan berlakon dengan betul. Banyak lagi karakter yang masih belum dapat saya kuasai. Saya sedar bahawa masih banyak perlu dipelajari.

DALAM DRAMA MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER, ANDA DIGANDINGKAN DENGAN PELAKON BARU HANNAH DELISHA. BAGAIMANA ANDA BERDUA MENCIPTA CHEMISTRY SEDANGKAN TIDAK MENGENALI SATU SAMA LAIN SEBELUM INI? Kerja dengan Hannah senang kerana dia kenal karakternya dan dia

amat komited dengan kerjaya walaupun ini kali pertama Hannah melakukan penggambaran di Malaysia. Saya pula buat kali pertama mendapat heroin yang baru jadi saya tidak kenal dia siapa. Dalam fikiran saya, saya hanya perlu berlakon dengannya untuk memberi ‘nyawa’ kepada watak yang diberi. Berbeza pula pabila perlu berlakon dengan Ayda Jebat kerana saya kenal dia sebagai Ayda Jebat, seorang selebriti terkenal.

ANDA SEORANG PELAKON, PERNAH MENJADI PENGACARA SERTA PERNAH MENYERTAI PROGRAM LAWAK. ADAKAH ANDA AKAN CUBA MELEBARKAN SAYAP KE BIDANG NYANYIAN PULA SELEPAS INI?

Oh tidak! Saya tidak boleh menyanyi. Jika saya menyanyi pasti akan dikecam ramai. Kalau boleh saya ingin mengarah sementelah saya sendiri seorang graduan filem, teater dan animasi. Jika berpeluang saya masih ingin terus berlakon namun dengan pelakon, pengarah serta produksi yang berbeza. Saya ingin kumpul sebanyak mana pengalaman agar pabila saya sudah bersedia menjadi seorang pengarah nanti, saya punyai ilmu lakonan dan pengarahan sendiri.

PROJEK YANG ANDA PALING BANGGAKAN.

Mencintaimu Mr. Photographer kerana saya bangga pabila berpeluang berlakon dalam drama yang cantik. Maksudnya gambar yang dihasilkan cantik, plot cerita kemas, semua di set penggambaran dijaga dengan betul. Drama yang saya lakonkan ini juga boleh dikatakan seperti sebuah filem. Setiap set disusun seperti di set penggambaran filem dan mereka rakam adegan demi adegan. Bagi saya, itu antara kerja yang saya paling banggakan.

EYRA RAHMAN MERUPAKAN PENGARAH WANITA YANG MENGARAHKAN DRAMA MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER. BOLEH DILIHAT DI MALAYSIA, TIDAK RAMAI PENGARAH WANITA. WUJUD SEBARANG PERBEZAAN BEKERJA DENGAN PENGARAH WANITA DAN LELAKI?

Perbezaannya pada detil dan dia lebih memahami. Pengarah wanita bagi saya lebih banyak berfikir di set penggambaran. Dia juga akan cuba kembangkan lagi cara lakonan kita, sebagai contoh, dia akan minta kita berlakon tiga cara berbeza dan pilih yang terbaik ketika suntingan. Dia juga pentingkan detil, apa yang kita sebut atau lakonkan, dia akan cuba push sehingga dia dapat apa yang diingini. Sebenarnya ini kali pertama saya bekerja dengan pengarah wanita, dan

“BAGI SAYA SEORANG PELAKON ATAU SELEBRITI, JIKA NAMA MEREKA MULA NAIK IA HARUS DIIRINGI DENGAN BERITA YANG ELOK.” – SYAFIQ KYLE

saya belajar banyak perkara baru. Bagi saya pengarah wanita sedikit beremosi, dia akan jelaskan kepada kita setiap perincian scene hingga kita faham apa yang cuba disampaikan dan dapat menangkap emosi yang diperlukan. Berbeza pula dengan pengarah lelaki, cara penjelasan mereka lebih kepada ‘asalkan kau faham, asalkan aku faham, cukup’.

SIAPA PENGARAH KEGEMARAN ANDA?

Ramai! Bagi saya pastinya Azma Aizal Yusoof, Heykal Hanafiah serta Eyra Rahman.

JIKA DIBERI PELUANG UNTUK BERGANDING DENGAN MANAMANA PELAKON WANITA, SIAPA PILIHAN ANDA?

Saya ingin berlakon dengan Tiz Zaqyah kerana saya gemar cara lakonannya dan hingga sekarang saya rasa lakonannya fresh. Saya tonton lakonannya sejak dia muncul dalam Nur Kasih. Cuma bagi saya dia tidak banyak berlakon. That’s why I adore her. Dia tidak berlakon sebarangan dan pilih drama atau filem yang berkualiti sahaja. Walaupun dia jarang berlakon, namun pabila dia keluar dengan karya baru, ramai akan tonton lakonannya. Kalau diberikan peluang, saya inginkan karier seperti Tiz Zaqyah. Saya juga gemar cara kerja Shaheizy Sam kerana karyakarya yang dilakonkannya berkualiti. Saya banyak dengar cerita tentang Sam. Ramai orang puji Sam kerana method lakonannya sendiri. Sebagai contoh, jika Sam perlu melakonkan watak orang sakit akibat leukemia, dia akan bersenam dan pastikan dirinya kurus hingga cengkung. Dia akan push diri sendiri. Method lakonannya bagi saya amat bagus dan harus dipuji.

NAMA ANDA KIAN NAIK, SETANDING BARISAN PELAKONPELAKON POPULAR LAIN. ANDA TIDAK TAKUT PADA OVEREXPOSURE?

Sebenarnya overexposure hanya bagus jika ia exposure tentang sesuatu yang berkualiti. Bagi saya seorang pelakon atau selebriti, jika nama mereka mula naik ia harus diiringi dengan berita yang elok. Jika nama naik atas kerana gosip, ia bukan sesuatu yang bagus. Saya sendiri pernah terkena tempias gosip-gosip liar jadi saya rasa tidak selesa kerana orang kenal diri ini atas sebab yang tidak baik.

BAGAIMANA ANDA MENGENDALI DIRI PABILA SEMAKIN DIKENALI?

Bagi saya sama sahaja dari dulu hingga sekarang. Perbezaannya hanya kerja dan tawaran saya semakin bertambah. Saya cuba humble dan elak untuk overreact dengan perkara-perkara yang tidak bagus kerana saya faham bahawa populariti itu bersifat sementara. Mungkin suatu hari nanti, orang akan lupa siapa kita. Sebelum mereka lupa, kita perlu hasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi agar sekurangkurangnya nama kita tidak dilupakan begitu sahaja.

PENGAJARAN YANG ANDA INGAT SEPANJANG TERJUN KE INDUSTRI LAKONAN.

Apa yang saya belajar tentang lakonan adalah usah terlalu beri tekanan pada diri sendiri terutamanya tentang berlakon. Saya pernah berada dalam situasi tersebut sehingga ditegur oleh seorang pengarah kerana hasil lakonan tidak memberangsangkan. Katanya, “anda rasa anda bagus namun anda tidak pandai mengawal lakonan. Akhirnya tampak seperti orang biasa dalam televisyen”. Sampai sekarang saya pegang bahawa untuk jadi seorang pelakon yang bagus, saya perlu jadi diri sendiri dan guna ilmu yang ada untuk tampak berbeza dengan pelakon-pelakon lain. Bagi saya yang paling penting adalah cara lakonan dan ilmu yang telah dipelajari di set penggambaran bukan setakat bergantung pada rupa semata.

GAMBAR ROBIN LIEW GROOMING BIE UCU

Jaket, EMPORIO ARMANI

Baju T & Suit, H&M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.