JURNAL Berita Gaya Hidup

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Ketika di sekolah dahulu, membuat kawan mungkin lebih mudah berbanding pabila sudah dewasa. Bagi sesetengah individu, mereka dilahirkan sebagai seorang yang mesra. Namun ada pula pemalu dan sukar membuat kawan. Manusia berfungsi lebih baik dalam kumpulan terutamanya pabila mereka dapat bersosial antara satu sama lain. Hubungan yang baik dapat mengurangkan rasa tekanan, membuat diri rasa lebih gembira dan juga lebih sihat. Kami cadangkan beberapa cara untuk membuat kawan buat yang ingin tahu.

MULAKAN LANGKAH PERTAMA

Kedengaran mudah bukan? Ini adalah cara paling susah dan paling penting jika anda ingin bertemu orang baru. Keluar daripada kelompok dan ambil inisiatif untuk membuat teman baru. Mungkin anda boleh berjumpa dengan mereka di gim ataupun atas talian. Setelah anda jumpa teman yang anda suka, perkenalkan diri anda dan luangkan masa untuk berbincang topik menarik.

FOKUS KEPADA SISI POSITIF

Untuk menarik perhatian orang, kita perlu tukar cara pemikiran dan tanggapan kita terhadap mereka. Untuk membuat teman baru, elak fokus kepada perkara negatif tentang mereka. Sebaliknya tunjukkan dan berbicara tentang perkara positif. Dengan ini mereka juga akan membalas dengan reaksi lebih positif yang membuatkan anda rasa selesa serta merta.

JANGAN TERLALU TERTUTUP

Cara pantas untuk mengenali hati budi seseorang individu adalah dengan berkongsi sedikit tentang kehidupan peribadi anda. Namun ada batasnya, jangan pula ceritakan keseluruhan hidup setelah berjumpa buat kali pertama. Pabila anda bercerita tentang perkara peribadi, ia membuatkan mereka rasa diskusi lebih personal dan intim. Elak topik generik seperti perbualan tentang cuaca atau gosip yang melampau kerana ini boleh menjejaskan perhubungan.

CUBA KEKALKAN HUBUNGAN

Setelah anda berjaya membuat teman baru, jangan lupa untuk meluangkan masa bersama mereka. Teman sama seperti pasangan hidup. Jika anda lupakan mereka, mereka juga akan lupakan anda dan move on kepada orang lain. Menurut kajian oleh University of Notre Dame, anda perlu menghubungi teman sekurangkurangnya sekali setiap dua minggu agar ia tidak renggang. Jadi cuba hubungi mereka dan tetapkan pelan untuk berjumpa atau berbual di telefon sekurang-kurangya dengan lebih kerap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.