LIHAT, BACA & DENGAR

FILEM Baby Driver PENGARAH Edgar Wright LAKON LAYAR Edgar Wright PELAKON Ansel Elgort, Kevin Spacey, Lily James, Jon Hamm, Jamie Foxx VERDIK

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Mungkin harapan saya terlalu tinggi terhadap filem ini, mungkin juga kerana reviu yang saya baca sebelum menonton filem ini juga membuatkan saya anggap ia antara summer blockbuster yang wajib tonton tahun ini. Mungkin juga saya tidak begitu memahami filem yang terlalu artsy, dan bagi saya Baby Driver hanya banyak bergantung kepada muzik yang banyak memandu filem ini untuk berjaya. Tidak dinafikan bahawa sinematografi Edgar Wright yang juga bertindak sebagai pengarah dan penulis lakon layar rasa segar berbanding filem aksi lain namun bagi saya karakter-karakter yang dipaparkan dalam filem ini agak hambar dan stereotipikal. Mungkin juga saya harapkan sesuatu yang berbeza berdasarkan trailer yang ditonton, namun sebenarnya Baby Driver mungkin versi PG Fast and Furious sahaja.

Baby Driver berkisahkan seorang jejaka yang dikenali sebagai Baby (lakonan Ansel Elgort) yang merupakan seorang pemandu untuk sekumpulan perompak. Dia juga sering mengenakan fon telinga sebagai peneman untuk mengurangkan bunyi dalam kepalanya akibat kemalangan ketika dia masih kecil. Kumpulan perompak ini pula diketuai oleh Doc (lakonan Kevin Spacey) yang juga merupakan perancang utama setiap rompakan yang dilakukan. Baby dan Doc punyai satu perjanjian yang mana Baby harus langsaikan segala hutangnya sebelum dia bebas untuk meneruskan kehidupan yang normal. Baby pula bertemu dengan seorang gadis, Debora (lakonan Lily James) yang bercadang untuk melarikan diri bersamanya namun perancangan mereka terbatal pabila Doc perlukan Baby untuk rompakan seterusnya. Di sini juga Baby bertemu dengan beberapa karakter menarik seperti Bats (lakonan Jamie Foxx), Buddy (lakonan Jon Hamm) serta Darling (lakonan Eiza Gonzalez) yang mana bagi saya hanya membawa watak yang amat klise. Ya, mereka berjaya menampilkan sisi sinikal mereka sebagai seorang penjahat namun ia hampir sama dengan watakwatak penjahat lain. Langsung tidak memberangsangkan. Mungkin watak Baby sendiri yang membuatkan saya tawar hati terhadap filem ini. Dia cuba menjadi cool, dan misteri namun penampilan serta mimik mukanya amat menjengkelkan dan tidak ekspresif seperti sepatutnya. Saya akui hanya aksi kejar mengejar dengan kereta serta muziknya sahaja yang menarik perhatian. Terutamanya cara Edgar menonjolkan muzik yang bermain dalam iPod Baby yang membentuk mood pada setiap babak. Sekali lagi saya tertipu dengan trailer yang menjanjikan filem blockbuster musim panas yang hebat. Jujurnya saya rasa kecewa dengan filem ini kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih menarik. Mungkin ini hanya pendapat saya seorang sahaja, namun Baby Driver bagi saya terlalu mencuba untuk menjadi cool namun gagal di layar perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.