GELAP VS TERANG

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Gincu merah gelap sentiasa tampak mesra pada wanita yang berkulit cerah. Jika anda mempunyai raut wajah yang lembut, rona merah gelap akan ‘twist’ wajah anda dengan drastik. Jadi mungkin anda akan tampak terlalu garang atau edgy untuk ton ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah bermain dengan teknik olesan. Pernah lihat cara wanita Korea memakai gincu? Ala-ala ombre. Cuba teknik ini, letakkan rona gincu merah gelap hanya di tengahtengah bibir. Dan blend rona yang lebih terang dikeliling bibir.

Rona merah terang akan tampak sempurna buat wanita berkulit gelap. Malah wanita berkulit gelap atau sawo matang mempunyai lebih pilihan. Tapi anda ingin tahu ton merah yang mana betul-betul serasi? Cuba merah tangy atau merah koral. Ia dapat memberikan ilusi kulit tampak perang dan menyerlah!

TIP SELEBRITI: Jika inginkan kemasan bibir yang natural, saya akan oleskan gincu merah kemudian lap sapuan gincu tersebut dan oleskan glos bibir. Bibir akan tampak kemerahan semula jadi! -Halle Berry

Blumarine

Adam Selman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.