5 TIP PEMAKAIAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1. KULIT CERAH

Seeloknya kulit cerah tampak begitu mesra dengan sapuan rona merah berasaskan biru. Seperti rona beri merah atau maroon.

2. KULIT GELAP/ SAWO MATANG

Untung memiliki kulit gelap, apa saja ton rona merah tampak mesra dioles pada kuku. Refleksi kulit perang dengan olesan pengilat kuku merah tampak seperti kulit yang dicium mentari.

3. LAMBAT KERING

Pemakaian pengilat kuku rona merah gelap sentiasa memerlukan masa yang lebih untuk kering. Jadi ketika bersiap, lebihkan sedikit masa agar anda boleh membiarkan pengilat kuku anda kering dengan sempurna.

4. CEGAH KESAN COMOT

Satu lagi kekurangan memakai pengilat kuku rona merah ini adalah ia mudah comot. Kerana rona yang menyerlah sedikit kesalahan pun mampu terserlah. Jadi celupkan putik kapas di dalam pencuci pengilat kuku terlebih dahulu dan sapukan pada keliling kuku. Apabila pengilat kuku comot ketika disapu , kesan comot itu akan mudah dihilangkan.

5. BERI RUANG

Dalam pemakaian rona terang, lebihlebih lagi rona merah. Sentiasa berikan ruang antara kutikel dan pengilat kuku. Percayalah hasilnya akan lebih kemas dan tampak profesional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.