NABILA RAZALI

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Pasti ramai yang sudah mendengar lagu atau menonton video muzik Pematah Hati yang tular hujung tahun lalu. Kontroversi bersama Aedy Ashraf yang dirancang turut meningkat populariti lantas menjadi bualan ramai. Nabila Razali bukan hanya bijak dalam mempromosikan lagu terbaharunya itu, dia turut mencuri tumpuan dengan gaya yang dimilikinya. Mulanya dia lebih gemar bergaya feminin dengan pilihan blaus berperincian mahupun ropol dalam ton pastel lembut. Mengangkat Neelofa dan Vivy Yusof sebagai ikon fesyen, kini dia lebih berani untuk bermain dengan fesyen. ‘Less is more’ menjadi fashion rule yang dipegang Nabila selain memandang tinggi desain pereka Nurita Harith yang feminin dan elegan. Sering kali juga dilihat menyarungkan jaket denim atau kulit yang uber cool. Tidak salah untuk mengatakan Nabila Razali mempunyai stail peribadi yang relevan dan bisa menjadi ikutan wanita muda di Malaysia.

Jaket denim menjadi pelengkap gaya Nabila on stage or off stage kerana ia versatil dan juga klasik.

Ketika parti Top 20 EH!, Nabila tampil fashion forward dengan rekaan berkilat daripada Wanpa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.