ISYANA SARASVATI’S FAV!

EH (Malaysia) - - Berita Cantik -

Ada sebarang tip kecantikan yang mahu dikongsikan?

Setiap pagi saya amalkan meminum air honey lemon. Ia bagus untuk detoks dan bagus juga untuk suara.

Adakah anda mengamalkan sebarang diet?

Tidak. Saya suka makan terutamanya nasi jadi saya seimbangkan kesihatan dan kecergasan dengan melakukan senaman.

Rutin senaman anda?

Saya gemar melakukan senaman Muay Thai dan menari untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan memastikan diri kekal aktif.

Produk cantik kegemaran anda?

Lip tint, maskara dan eyeliner.

Boleh ceritakan sedikit tentang album kedua anda, Paradox?

Paradox mempunyai 10 buah lagu yang mengisahkan tentang perjalanan hidup saya selama dua tahun kebelakangan ini. Istimewanya peminat saya dapat menikmati genre pop yang pelbagai seperti klasik pop, dance pop, jazz pop, RnB pop dan rock and roll pop.

Identiti solekan anda?

Solekan yang natural. Saya lebih gemar memberikan fokus pada muzik saya berbanding penampilan diri.

Falsafah hidup anda?

Selalu bahagia untuk semuanya!

Bila anda memandang diri anda dicermin apa yang anda fikirkan?

Lelaki dan tomboy (ketawa). Semua orang di sekeliling saya menyatakan benda yang sama tentang diri saya.

DIORSHOW Pro Liner, RM94 DIOR ADDICT Lip Glow (Holo Pink), RM120 DIORSHOW Designer SHISEIDO PROFESSIONAL Stage Works Fluffy Curl Mist, RM68 SHISEIDO PROFESSIONAL The Hair Care Future Sublime Volume Serum, RM168 SHISEIDO PROFESSIONAL Stage Works Super Hard Spray, RM63

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.