5 SERUM + 1 KRIM

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

GLOW BOOSTER

Bahan utama serum ini ialah vitamin C. Ia mengandungi bahan anti-fatigue yang bertindak memudarkan kelesuan kulit. Ia baik untuk melawan kesan penat pada wajah akibat stres, keletihan, jet lag misalnya.

PLUMP FILLER

Sesuai digunakan pada musim sejuk bagi melawan kesan kering. Elok juga untuk merawat kulit yang terkesan akan faktor pancaran matahari juga stres.

MATTE MAXIMIZER

Serum ini terbina hasil kombinasi asid lactic, pink clay dan zinc gluconate yang bertindak baik dalam penghasilan minyak atau sebum, mengawal lebihan minyak pada wajah sekaligus menyerikan tekstur kulit.

LIFT SCULPTOR

Ia membentuk wajah agar tampak muda (tidak jatuh). Ia mengguna pakai manfaat polyphenols daripada teh hijau dan teh putih dalam memastikan kulit kekal anjal sekaligus menegangkannya.

REDNESS SOOTHER

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kemerahmerahan. Ia mengandungi cotton peptides yang menyamankan kulit, membuatkan kulit berasa selesa. Cubalah jika anda mempunyai kulit yang sensitif.

AGE-DEFYING ADVANCED CREAM

Serum-serum tadi perlu dipadankan bersama krim pelembap ini. Ia mengandungi kebaikan Iris Florentina yang merangsang lapisan kulit agar kekal terlindung daripada faktor penuaan dan melembutkan kulit. Ia menyubur juga memastikan tekstur dan ton kulit kekal terpelihara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.