Asas Solekan Terbaik

Pernah menggayakan rona bibir dan kuku senada? Rona apa pilihan anda? Bagi EH! bulan ini, it’s red! Apabila bibir dan kuku dipalit rona siren ini, you’re ready to take the world!

EH (Malaysia) - - Contents -

Merah, merah, merah, mungkin ada yang bosan dengan rona ini, tapi percayalah ini adalah rona klasik yang wajib dimiliki baik di gerobok mahupun meja solek! Apabila anda mempunyai pilihan untuk berpenampilan seksi atau klasik, well dengan ton merah you can be both!

BIBIR MERAH KLASIK YANG SEMPURNA

1 Warnakan seluruh bibir anda dengan rona yang senada dengan bibir anda menggunakan penggaris bibir.

2 Oleskan gincu bibir hanya pada bahagian tengah bibir.

3 Dengan menggunakan berus bibir, mesrakan gincu tadi pada seluruh bibir hingga ke bahagian tepi.

4 Kedapkan pada tisu dan ulang langkah dua dan tiga untuk memiliki kesan yang berpanjangan!

5 Untuk memastikan tiada gincu melekat pada gigi anda, muncungkun bibir membentuk ‘O’ dan letak jari anda di dalamnya, seakan mengesat jari anda di rongga bibir. Lantas kesan gincu akan melekat di jari anda tadi, bukan pada gigi.

1. CHANEL Le Vernis

2. FENTY BEAUTY Mattemoiselle Plush Matte Lipstick

3. DIOR Vernis

4. YSL Tatouage Couture Matte Stain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.