CD = Christian Dior = Cara Delevigne

EH (Malaysia) - - Contents -

Sewaktu kembara saya ke Tokyo penghujung tahun lalu, selain debar menantikan apakah produk baharu daripada Christian Dior, saya juga sebenarnya ternanti-nanti siapakah gerangannya yang disunting oleh Dior untuk membintangi kempen baharunya. Sejak dikhabarkan berita itu, saya asyik berteka-teki siapakah gerangannya. Puas saya menyebut beberapa nama pelakon, namun tiada satu pun yang tepat. Hinggalah di majlis pelancaran itu wajah Cara Delevigne terpambang di skrin besar. “Oh satu pilihan bijak,” bisik saya dalam hati. Selain muda, energetik, punya karisma, nama Cara Delevigne itu sendiri bermula dengan pangkal huruf C dan D, jadilah CD = Christian Dior. Oh genius!

SEKETIKA BERSAMA CARA DELEVIGNE

Sempena perkenalan wajah baharu Dior ini, EH! berkesempatan mencuri intipati temubual eksklusif bersama Cara Delevigne.

RANGKAIAN BAHARU DIOR, CAPTURE YOUTH MEMBAWA MOTO “YESTERDAY IS OVER. TOMORROW ISTOO LATE.THETIME IS NOW”,

KAMU RASA KEHIDUPAN KAMU SEIRING DENGAN MOTO TERSEBUT?

Apa yang boleh saya katakan saya cuba untuk menikmati tiap momen dalam kehidupan saya setiap hari.

APA PERASAN PABILA DISUNTING MENJADI BINTANG CAPTURE YOUTH? APAKAH MESEJ YANG INGIN KAMU SAMPAIKAN?

Saya membesar dengan personaliti diri yang agak kasar, saya tomboi, jadi hal kecantikan dan fesyen bukanlah kecenderungan saya namun begitu saya tahu dan kenal jenama Dior. Capture Youth adalah langkah baharu, saya bangga pabila Dior memikirkan sesuatu yang istimewa untuk generasi saya yang mahu membelai kulit. Perlantikan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka. Jadi apa mesej yang ingin saya sampaikan mudah, usah cepat putus harapan.

BERIKAN DEFINISI CANTIK DALAM TIGA PERKATAAN

Kegembiraan, keyakinan dan individualiti.

APAKAH PERKARA YANG SANGAT KAMU PENTINGKAN DALAM HAL PENJAGAAN KULIT?

Memandangkan saya sering turun naik kapal terbang, saya selalu fikirkan bagaimana mahu kekalkan kulit yang sihat dan lembap. Itu keutamaan saya.

APAKAH NASIHAT KAMU KEPADA WANITA MUDA DI LUAR SANA TENTANG KECANTIKAN JUGA UNTUK BERASA POSITIF DENGAN DIRI MEREKA SENDIRI?

Saya percaya kecantikan itu datang dari dalam, jadi saya sarankan mereka jaga dan pelihara minda dan hati mereka sebagaimana mereka menjaga wajah dan kulit mereka.

BAGAIMANA KAMU MELIHAT HAL KECANTIKAN YANG SEIRING DENGAN DIOR?

Saya suka satu quote oleh Christian Dior. Katanya, “I dream of making women not only more beautiful, but happier too.” Bagi saya itu satu mesej yang sangat bagus. Menjadi sebahagian daripada keluarga besar Dior adalah sesuatu yang organik dan pastinya kami berkongsi pangkal nama yang sama, CD!

APAKAH RASANYA MENJADI WANITA DIOR BAGI KAMU?

Dibariskan dengan wanita elit seperti Natalie Portman, Jennifer Lawrence, Charlize Theron dan juga Rihanna pastinya sangat membanggakan. Saya bangga pabila nama saya sebaris dengan wanita-wanita hebat lagi berkuasa ini.

DALAM TIGA PERKATAAN, HURAIKAN PERSONALITI DIRI KAMU.

Passionate, bersungguh-sungguh dan berfikiran terbuka.

HARI YANG SEMPURNA IALAH....

Berada di London bersama keluarga juga teman-teman saya.

“SAYA SARANKAN MEREKA JAGA DAN PELIHARA MINDA DAN HATI MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENJAGA WAJAH DAN KULIT MEREKA.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.