Berita Gaya Hidup

EH (Malaysia) - - Contents -

Seksi bergantung kepada pilihan peribadi dan ia lebih subjektif namun selain tarikan fizikal dan penampilan secara menyeluruh, seksi juga bergantung banyak kepada kualiti positif diri.

Menurut penulis buku Deeper Dating, Ken Page, satu hubungan dibina atas kepercayaan dan persamaan. Anda tidak akan sedar bahawa ada beberapa karakter diri yang diperakui oleh sains yang sebenarnya dapat menarik cinta dan hubungan intim. Antara karakter-karakter tersebut termasuk:

LUCU

Individu yang lucu adalah karakter seksi buat wanita dan lelaki. Menurut kajian wanita gemar lelaki yang boleh membuat mereka ketawa manakala lelaki pula lebih gemar wanita gelak jenaka mereka. Wanita gemarkan lelaki yang kelakar kerana ia menonjolkan sisi intelektual seseorang individu. Malah dikatakan wanita yang gemar gelak menunjukkan bahawa dia berani untuk ekspres diri sendiri.

JUJUR

Kejujuran memastikan hubungan kekal dan menjadi lebih erat. Anda juga tampak lebih terbuka dan disayangi. Malah ia juga membuatkan orang lain lebih mudah untuk mempercayai anda, namun jangan salah guna pula kejujuran ini. Elak menguris perasaan orang lain.

UNIK

Kajian oleh ahli psikologi Matthew Hornsey daripada University of Queensland, wanita dan lelaki gemar pasangan romantik yang berani untuk menjadi diri sendiri. Ia amat bercanggah dengan pendapat bahawa lelaki lebih gemar wanita pendiam dan hanya tahu menurut cakap orang lain. Karakter ini menunjukkan bahawa anda yakin dengan diri sendiri dan keyakinan ini antara tarikan yang membuatkan anda lebih charming dan menarik.

BERCITA-CITA

Individu yang mempunyai cita-cita dan impian tampak lebih stabil, intelektual dan adventurous kerana mereka tahu apa yang diingini dalam hidup mereka. Mereka juga buat pasangan rasa untuk berusaha lebih keras, malah mengikut kajian oleh Kinsey Institute di Indiana University, mereka yang bercita-cita tinggi kurang/tidak curang pada pasangan. Mereka yang bosan dan keseorangan lebih gemar untuk curang kerana ingin mencipta kebahagian dan keseronokan dalam hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.