Fyra Al-Yahya

Umur bukan penghalang bagi gadis milenial ini untuk kelihatan persis ikon fesyen pilihannya, Kendall Jenner. Baru berumur 17 tahun tapi sudah punya ribuan pengikut di laman sosialnya.

EH (Malaysia) - - Contents -

Bagaimana personaliti anda di luar?

Saya seorang yang mudah bergaul dan jika anda mengenali saya lebih dekat, saya seorang yang easy going.

Nasihat paling penting anda pratikkan kala bergaya?

Semuanya bukanlah bergantung pada jenama tetapi lebih kepada cara individu itu menggayakan sesuatu persalinan. Saya tidak mengikut trend semasa dan lebih yakin cara penampilan saya.

Siapakah It-Girl pilihan anda?

Kim Kardashian. Dia bukan sahaja punya bentuk badan yang seksi malah cita rasa fesyennya pula semakin mengagumkan sesuai dengan tubuhnya. Malah saya kagum dengan cara dia menyolek wajahnya bersama barisan produk kosmetik miliknya.

Adakah anda punya Fashion Rules dalam hal suai padan?

Tiada. Saya suka akan kebebasan ketika bergaya. Yang penting ia kena dengan tubuh saya serta selesa. Biarpun tampak ringkas dan bersahaja.

Apakah lima item fesyen anda perlu bawa?

Alat solek, denim ripped, top , cincin dan anting-anting.

Bagaimana anda mula dikenali sebagai influencer?

Saya mula menceburi bidang sejak berumur lima tahun dan sehingga hari ini saya masih lagi aktif secara sambilan. Mungkin dari situ, orang mula sedar akan kehadiran saya dan saya anggap ia rezeki.

Trend fesyen paling dibenci?

Gaya gelap seperti Kerana ia tidak mencerminkan diri saya.

Swarovski

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.